Holiday Penang : Lexis Suites Penang

Holiday Penang : Lexis Suites Penang
Alhamdulillah selepas lama berkurung dirumah akibat alahan teruk akhirnya berjaya bawa anak anak pergi bercuti. Ala dalam Malaysia je. Nak p oversea insyaALLAH lepas bersalin la.  Sebagai reward anak anak banyak tolong mama babah. Pergi Shaklee la, pergi cod la. Masa untuk kita holiday enjoy!!

Memandangkan Arreessa dah sekolah maka kena plan bercuti time cuti sekolah la kan. Kebetulan kami ada meeting ireach leaders di Penang sabtu tu. 2 in 1 la. Holiday sekali. Meeting jam 9 pagi . kami gerak dari Shah Alam jam 4pagi. Alhamdulillah 8.30 pagi sampai Penang. Tak penat ke? Minum cinch tea badan memang segar, bertenaga. Cuba la try kalau nak p travel. hihi

Best Lexis Penang ni sebab bilik terus dapat katil king. memang berbaloi dengan harga. Kepada yang ada family besar pun sesuai datang sini. sangat selesa dan privacy


Menarik di Lexis Penang, ruang antara bilik dan bilik air berasingan. Ada pintu kaca yang pisahkan. Jadi nampak bersih dan exclusive di situ. Lagi 1 di Lexis Penang ni ada swimming pool di dalam bilik. Bila asingkan bilik, bilik air dan swimming pool jadi lepas mandi pool , takde la basah bawa masuk ke bilik kan


Toilet pun cantik. Tengok tab mandi pun dah teruja nak mandi. Sauna pun ada tau.. 



Tempat wajib tumpuan semua adalah kolam renang.. Kami dapat tingkat atas sekali. Jadi pemandangan sangat cantik . nampak pemandangan laut, suasana kampung Penang. Memang sejuk.

Kolam ni air dia dalam. Takde untuk kanak kanak. Ketinggian macam Arreessa dalam 110m lepas. Maryam memang tak la. kena bawa pelampung ye.

Cafe di Lexis Penang ni pun sangat selesa. Besar dan makanan pun boleh tahan. jangan la expect sedap macam masakan mak di kampung kannn.. Ada macam macam pilihan sila la pilih. Kami hanya makan lunch di hotel.


Esoknya pulak kami ramai ramai bawa anak anak mandi swimming pool hotel. Sama juga kolam untuk kanak kanak takde ye.

A video posted by Ainul Mustafa (@ainul_mustafa) on Jan 21, 2017 at 5:49pm PST

Poney besar tu boleh disewa kt situ. RM10 kalau tak silap. budak budak la kemain suka. lagi lagi ada geng.

Bercuti ramai ramai ni memang best. Macam macam aktiviti kami buat. Di Lexis Penang ni pun ada kids zone, ada tempat main pingpong, scrabble . jadi semua la bawa family datang sini

Grand Lexis Penang memang best. Kalau datang Penang wajib datang sini. Selesa, harga pun ok dan best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge