Memang ni ke Harga Sate Sekarang?

Memang ni ke Harga Sate Sekarang?
Semalam adik beradik datang rumah mak berkumpul celebrate birthday. Sekali sekala jumpa mesti nak makan besarkan. So nak beli la sate. dah lama tak beli sate. selalu p kenduri ke open house ada sate so dah jarang la beli sate nye

Petang semalam p la nak beli sate dekat seksyen 24 Shah Alam. dekat dengan rumah mak. Mulanya ajak husband p sate Hj Samuri dekat PKNS, dia taknak jauh katanya. huhu.. oklah try sate lain pulak

Sekali tengok harga mak aiiii.. betul ke harga sate sekarang macam ni?

Sate ayam RM1 tu rasa biasa la jugak sebab Samuri pun kalau tak silap RM0.98 dah sekarang. Tapi harga sate daging tu RM1.60. pehhhh !!

Tak dinafikan harga barang barang mentah makin tinggi. Peniaga terpaksa la naikkan harga. Berniaga mesti nak untungkan.

Apapun sate makcik ni sedap. Kuah dia tak pedas. Anak anak suka. Sate ayam pun besar dan lembut. Oklah harga mahal, rasa sedap, kualiti bagus. Berbaloi la beli.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge