Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer

Thursday, August 03, 2017

Assalamualaikum &selamat sejahtera. harap semua sihat la ye. hari ni Ainul nak kongsi dengan kawan kawan tips penjagaan luka bersalin czer. Ini adalah berdasarkan pengalaman Ainul bersalin czer 7 tahun lepas ye. bukan tips, atau ajaran mana mana pakar ye.

Bukan kecik yang sekarang dah darjah 1




Tips ni Ainul nak kongsikan sebab selalu baca kisah ibu ibu yang bersalin czer luka bernanah, luka berdarah, luka terbuka. ishhh Ainul dulu ganaih la jugak tapi takde sampai gitu.

Ramai ingat bersalin czer ni mudah. tapi bersalin czer la kena super duper jaga elok elok. Perut kita dipotong berlapis lapis tau. Luaran nampak ok , dalaman belum tahu. Kalau luaran dah sampai bernanah, dalaman boleh bayangkan la macammana..entah entah nanah lagi teruk.huhu Ya ALLAH minta dijauhkan la ye

Ok..bebel panjang pulak.huhu. kisah Ainul bersalin czer boleh baca kat sini ye >> bersalin czer Arreessa

Tips yang Ainul nak kongsi kan adalah

1. Time Mandi


ni wajibalgunnagh tau. Ainul dulu ambil plastik biru ala yang orang buat buang sampah tu.huhu..yang kecik je bukan besau tu. Ainul potong dan ikat kat pinggang. kiranya cover dari kena air masa mandi. ni Ainul buat dalam seminggu je. lepas tu mandi macam biasa


2. Lap dengan kain


Lepas je mandi, Ainul akan lap lap luka czer tu dengan kain kecik. Tak kisah la kain apa cuma pastikan bersih ye. elakkan tuala kecik sebab kain tuala kasar. lap lap tau bukan sapu ..


3. Keringkan kat Kipas


Lepas lap lap, Ainul akan duduk depan kipas untuk keringkan. Kipas duduk tu. sebab takde hair dryer. tapi bagi ainul hair dryer panas.


4. Makan oren


Ainul suka makan oren sunkist tu. Ni kena tengok baby jugak tau. Sebab masa anak 1 & 2 ok makan oren, anak ke 3 tak boleh pulak. Dia kembung perut. Jadi try sikit dulu ok. tengok baby ok ke tak.


5. Makan Haruan


Ainul hanya makan ikan haruan fresh ajee. bukan pati , pil ke apa apa. Beli ikan kat pasar eh mak yang p pasar ye.. mak yang masak. iolss makan je.hihi. Seminggu makan ikan haruan fresh. sedapnyaaa


Ainul takde sapu apa apa krim, ubat kat luka czer. Memang pastikan ianya betul betul kering, pantang betul betul. Alhamdulillah 7 tahun ni takde la luka berdarah, bernanah, terbuka. Malah bila nak bersalin anak ke 2 secara normal pun takde masalah pada scar czer tu.


Penjagaan czer memang makan tahun lamanya kalau betul betul nak ianya betul betul baik luar dan dalam. jangan hanya pantang 44hari je ye. Patang lama sikit terutama bab makan tu. Kadangkala benda gatal tu buat gatal kt dalam. huhu

Semoga kawan kawan yang sedang berpantang , bakal berpantang dapat berpantang dengan gembira ye.




LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments