Apa tips untuk Anak Prolonged Jaundice.

Saturday, July 01, 2017

Alhamdulillah.. merdeka sudah tempoh 44 hari. Tapi tak bermakna segala benda still boleh makan tau. Ainul masih pantang mana mana yang biasa kalau makan tu mula la urat rasa lain je,anak cepat kembung, meragam. Dah anak 3 kan. Pengalaman 2 sebelum ni banyak juga membantu.

Check up sebulan Aqeela dari berat masa lahir 2.35kg naik ke 3.9kg . Nurse doktor semua tekejutz. Apsal cepat bebenor naiknya. Aqeela memang minum susu ibu 100%.

Bercakap pasal jaundice atau kuning. 3 orang anak Ainul semua kena kuning. Ainul dan suami darah O. Ada juga yang cakap sebab makan Shaklee masa pregnant. Sebab tu anak kena kuning. Masalahnya masa mengandungkan Arreessa 100% makan ubat kk. kuning lagi teruk dari Maryam dan Dahlia. Salah ubat kk ke? ofcos la tak kan. selain sebab darah O tu pemakanan masa pregnant juga penting. Masa mengandungkan Arreessa suka makan meggi.huhuhuu.. teruk betul saya masa tu.

Masa mengandungkan Maryam suka minum sirap.huhuhu .. megi berjaya control. Maryam kuning dalam seminggu lebih je.




Apa tips bila anak kena prolonged jaundice.


1. Jangan stress


Please jangan stress. Bila kita stress, susu pun segan silu nak keluar. big NO ok. sebab anak kuning ni kena menyusu selalu. Dalam pantang kita kena kuat, healthy untuk kerap bawa baby ke klinik kesihatan check darah. So kena pastikan luka bawah cepat lega la ye. ni luka pedih lagi, nak kena ulang alik ke KK. Tengok baby kena ambil darah kita sedih, stress.. Bahaya untuk kesihatan ibu berpantang tau


2. Kerap menyusu


Benda wajib buat. kerapkan menyusu anak. Baby baru lahir memang suka tidur. Lagi baby yang kena kuning. Masa Arreessa, sejam sekali paksa dia menyusu. Masa Dahlia ni tak la sejam sekali. Tapi dalam 2-3 jam, tu Ainul pastikan dia menyusu. Bagi dia menyusu sampai puas. Lagi banyak dia menyusu, dia banyak berak.. itu lagi bagus


3. Elakkan makanan ini


Bab makanan Ainul cuma elak makan kunyit, lada hitam, cili padi. Benda benda yang panas. Ainul banyak makan serai, bawang putih, halia. Sup ikan pun adik ipar masakkan letak banyak serai. Betul ke tak pasal kunyit tu menambah kepada peningkatan jaundice tu Ainul tak berapa pasti la ye. Kita cuba la elakkan kalau rasa was was.


4. Set berpantang


Untuk set berpantang Ainul amalkan vitamin untuk bagi luka dalaman, luaran cepat sembuh. Ainul tak makan jamu. Dari pengalaman Arreessa, beli jamu beratus ratus tapi sebab anak kuning tak makan langsung masa pantang. Start pantangkan Maryam , Ainul makan vitamin. Lagi cepat membantu susu meriah, badan cergas, luka cepat sembuh. Yang penting tak ganggu masalah kuning anak



5. Amalan lain

Ada yang tanya " bagi tak makan anggur hitam, mandi dengan air kucai "ish macammacam petua la. Jawapan Ainul ' TIDAK " 

Ainul hanya fully breastfeed. jaga makan, makan vitamin. tu je. Cara ni mungkin ambil masa untuk anak 100% bebas kuning. kena sabar la kan. Saya tak berani bagi anak makan, minum benda lain selain susu ibu. Tak mau sebab nak sangat kuning hilang cepat , sakit lain pulak dapat.


Semua ni hanya pengalaman saya 3 kali menghadapi anak jaundice ye. Setiap orang mungkin caranya berbeza.ini cara saya dan 3 pengalaman ni saya hadapi dan anak anak pun membesar dengan sihat. Semoga dapat membantu ibu ibu yang sedang menghadapi anak jaundice. 



LAGI ARTIKEL MENARIK

4 comments