Rengat Selepas Bersalin. Sakit macam nak beranak lagi

Tuesday, June 06, 2017

Masa bersalinkan Arreessa ada jadi rengat ni selepas czer tapi beberapa jam je dan tak sakit sangat. ALLAH uji rengat selepas bersalinkan Dahlia ni. ya ALLAH sakitnya macam nak beranak lagi sekali tau. huhuhu.. 5 hari pulak tu jadi rengat. Patut la ada kawan cite adik dia sampai menjerit jerit bila rengat. korang bayangkan la sakit contraction yang kuat nak beranak tu.. nak tercabut pinggang.cuba contraction tetap selang masanya. rengat ni suka hati nak datang bila.

Masa rengat ni datang perut jadi keras dan rasa macam ada ketul batu dalam perut. Rahim megeras agaknya. keras giler. boleh rasa benjolan keras tu. lepas tu pinggang sakit sangat. Time anak nak menyusu rengat datang rasa nak menjerit weii.. baby bila menyusu bantu kecutkan rahim. lagi la sakit.

Apa yang Ainul buat dalam membantu kurangkan rasa sakit rengat

1. bertungku


Rengat ni jadi selepas je bersalinkan Dahlia. bermakna kat ward lagi. Nasib baik ada bawa botol air. Jadi ainul isi air panas dalam botol tu dan jadikan tungku. Rengat still ada tapi membantu melegakan sikit. Bertungku memang bagus cepatkan rahim kecut.duduk saja kat ward tu Ainul tungku.


2. Pain killer


Doktor ada bagi ubat ni. Ainul makan 1 biji je. Bukan anti ubat tapi tak mau bergantung pada ubat. lagipun pain killer ni buat rasa lega tapi lepas tu sakit balik lagi menggiler. huhu


3. VIVIX


Hari 1st Ainul dah minum vivix. tak tahan tau. Call husband minta dia bawakan vivix. Malam sebelum tidur minum 1 sudu. Alhamdulillah bantu melegakan sikit. Bonus Dahlia berak banyak giler. Dah la najis dia hitam likat tu. terkejut tengok.

Bila nampak dia berak banyak Ainul risau dia sakit perut. jadi hari ke 2 Ainul stop minum vivix. Padahal Dahlia ok je. tak nangis pun macam dia sakit perut. Mak yang risau.

Balik ke rumah, Mak Ainul bagi minyak panas, tungku. Alhamdulillah banyak membantu. Tapi time datang rengat tu perhhhh gigil menahan.

Esoknya tak tahan , minum vivix lagi. kali ni Dahlia berak banyak tapi najis kuning. Dia relax je. berak tidur.. berak..berak.. tidur. Mak cakap bagus la dia banyak berak. Buang kuning. eh betul jugak kan. Kalau dia sakit perut mesti nanges je. ni tidoq kemain lena.

Perasan bila minum vivix skala sakit berkurang.. Dari skala 10 berkurang jadi 8.. kemudian 5.. dan hari ke 5 Alhamdulillah rengat dah takde.

vivix pun banyak membantu luka bersalin cepat sembuh. susu ibu banyak. Cepat berat Dahlia naik. 2 minggu dari berat 2.35kg naik 3kg. Doktor pun terkejut. Memang kuat menyusu si kecik tu. Muka pun dah boolat macam bunga dahlia. hihii


Pengalaman rengat ni memang tak akan dilupakan la. Orang cakap sekali dah kena next anak pun anak kena. dan makin lama. Adoiiii ketaq kot. Anak 3 je la. hihii

Gini la jadi wanita. Sakit bersalin belum habis, rengat pulak. belum bab bengkak susu, puting luka dan lain lain. Bersyukur ALLAH bagi kita pengalaman ni.

Apapun dalam pantang wajib jaga diri ok. Jaga kesihatan, makan makanan yang berkhasiat dan makan vitamin untuk extra power. hihi






LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments