Nak Anak Bijak? Berikan Makanan Otak. Apa tu?

Wednesday, June 07, 2017

Semua ibu mahukan anak anak yang sihat dan bijak kan. Nak anak yang bijak ianya harus kena bermula sejak dari dalam rahim lagi. Bila anak sudah 3 tahun ke atas,kita lupa nak teruskan pengambilan susu atau sumber kalsium, sumber yang terbaik untuk minda anak anak




.



Diusia 3 tahun ke atas, anak anak sepatutnya dah boleh bercakap, berinteraksi dengan orang. Dah boleh ajak berborak dengan kita. Masa ni memang best layan telatah mereka lagi lagi yang kuat bebel macam mak nenek.



 
Lagu raya oleh Maryam yang masa ni berusia 2 tahun. 




nak anak bijak, cepat belajar mesti kena bagi otak makanan yang terbaik. Makanan yang tinggi Gangliosida(GA) macam telur, daging, susu.



Pernah tgk iklan susu Anmum? Alaaah yg pasal "lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat pembelajaran berlaku" tu... Sel-sel otak kita berhubung macamana, nak tau tak?







Sel-sel otak kita ni dia tak bersambung direct, antara sel sel otak (dipanggil neuron) ada satu ruang namanya synapse. Di synapse ni lah berlakunya pemindahan neurotransmitter dari satu neuron ke neuron yang lain.



Macamana kalau neurotransmitter ni tak boleh nak lepasi synapse tu ke neuron2 lain? Maka ia jadilah macam talian telefon atau internet terganggu. Haaa... kalau kita tengah cakap telefon tiba tiba ada gangguan, sampai tak mesej kita kat orang sana? Tak kan? dgr pun suara robot je.



nampak tak betapa pentingnya Gangliosida(GA) untuk membantu sel sel otak anak berhubung. Lagi banyak berhubung anak anak akan cepat focus, cepat tangkap apa sahaja yang mereka belajar.



Dalam membantu perkembangan otak anak anak selain makanan yang terbaik berkhasiat, Ainul sediakan susu Anmum Essential untuk Maryam.





Anmum Essential ni susu yang kaya dengan DHA & GA. DHA dan Gangliosida (GA) terdapat di dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel otak dan Gangliosida menyokong pembentukan hubungan sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.





Kajian menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak di Malaysia mengambil GA 40% lebih rendah daripada purata pengambilan GA dalam sehari. Anmum Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan. Selain itu, Anmum Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Anmum Essential juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.







Ramai yang tidak mengetahui bahawa sel otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otak yang sedang berfungsi! Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubunganantara sel-sel tersebut juga amat penting.





Diperingkat awal usia kanak-kanak, hubungan-hubungan sel-sel otakini berkembang dengan pesat – setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel-sel dengan sel otak yang lain setelah si manja dilahirkan. Apabila mencapai usia 2 atau 3 tahun, hubungan sel-sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak 6 kali!




Ketahui cara untuk menyokong tumbesaran otak si manja kita dengan Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak di www.anmum.com/my/en/happenings/latest-campaign/amazing-facts-about-the-brain.html.





LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments