Bila Kakak Kakak Yang Excited

Tuesday, May 09, 2017

Best ada anak perempuan ramai ni. Boleh diharap.hihii.  Alhamdulillah. Bila tahu adik baby nak keluar tak lama lagi, kakak kakak ni kemain excited. Tolong mama carikan barut, baju baju lama yang still boleh pakai. Tolong sidaikan, tolong lipat. Adoi terharu mama.






Maryam pun nampak excited jugak. Harap bila baby dah keluar jangan terkejut pulak. Ada yang jeles ni. Jeles tu normal la kan. Nak kan perhatian.

Ada masa Maryam cakap dia la baby. " mayam la baby"

Arreessa dah 7 tahun dah besar dan banyak yang faham.

Terharu bila Arreessa datang tolong picitkan kaki, kepala. Kesian kakak banyak berkorban untuk adik adik.


Semoga dipermudahkan proses bersalin kali ni. " baby cepat keluar dan jangan bagi mama sakit lama lama tau" ..

"sekali mama push terus keluar ok"

kakak Arreessa , Kakak Maryam tak sabar nak jumpa baby.


Barang barang belum pack masuk dalam bag lagi.. huhuhuuhu.. buruk perangai mama ni kan. hihihii



LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments