Sedekah Baju Terpakai di Sini

Saturday, April 22, 2017

7 bungkus plastik hitam yang mengandungi baju baju terpakai kami 4 beranak. Ya ALLAH tak sangka sampai 7 plastik besar. 4 plastik adalah milik Ainul. huhuhuuu.. nampak tak siapa punya baju, tudung paling banyak dalam rumah ni. hihihi

Kenapa tak jual preloved?

Ramai juga tanya .. sebenarnya kenapa tak jual preloved antara nya malas nak ambil gambar. Bayangkan kalau 4 plastik tu nak ambil gambar semua. pengsan akak dikkk. lagipun tak confident nak jual baju preloved. hihi

Jadi lagi mudah sedekah pada mereka yang memerlukan.


Kat mana nak sedekah?

Ainul hantar ke kotak putih ini di Tesco Shah Alam. Shah Alam ada 2 Tesco. Yang ni Tesco dekat Pusat Akuatik. Tau kann siapa orang Shah Alam tu




Bukan baju je tapi buku, handbag, toys. Mana yang elok lagi la ye. Jangan la sampai nak guna pun dah tak boleh. itu bukan sedekah. huhuu




3 plastik dari 7 yang sempat disnap. Boleh tahan berat 1 plastik pun. penuh padat kena sumbat.




kelemahan kotak ni, pintu nak masukkan barang sangat kecik. Kena gunakan sekuat tenaga untuk tolak masuk. Lagi lagi bag plastik kami memang penuh & padat. Apapun dah selamat masuk ke dalam



Cara mendidik anak anak juga. Barang yang masih boleh pakai, kalau dah taknak jangan buang membazir. ita sedekah dan boleh tolong orang yang memerlukan. Bagi kita baju ni dah lama, dah tak up to date fesyen nya. tapi ada orang perlukan sangat lagi lagi yang susah tu.

kepada yang bercadang nak buat word robe clearance tu , boleh la hantar baju baju tu ke sini ye. InsyaALLAH pihak Tesco mesti akan agihkan kepada mereka yang sangat memerlukan.. Yang penting jangan membazir


LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

  1. Selalu jugak buat spring cleaning hantar kat tempat macam ni kat Bukit Jelutong :-)

    ReplyDelete