Suamiku Paling Sweet

Friday, March 31, 2017

Ainul sebenarnya jarang sangat dah tengok TV. Jadi memang tak tahu la drama apa yang dok tayang sekarang. Lagi lagi drama Melayu slot Akasia pukul 7 malam. Rasanya yang last giler tengok drama Setia Hujung Nyawa. Dah lama kannn. adoii . Takde la drama yang follow sangat. Dapat tengok kejap 1-2 episod bila ke rumah mertua. balik rumah takde la pulak nak sambung ke apa. Tak menarik minat kot. atau faktor usia? Oh tidakkk.. kebisian di rumah yang buatkan memang tak sempat layan TV.



Sampai la baru baru ni, petang tu pergi rumah kawan. Kebetulan dah hampir pukul 7 malam. Dia layan pulak cite Suamiku Paling Sweet. Mulanya nampak tajuk drama " apa punya tajuk la ni " .. hahaha itu yang Ainul dok bebel. Cite apa ni? adoi typical malay punya cite la ni. Gitu la eksperesi yang pertama. Tapi dah kat rumah orang kan.. orang buka tengok je la. Kalau tak silap masa tu si Qisha kena kawen paksa dengan Izz. Kawen paksa lagi....erhhhh takde cite lain ke.

Bila dah tertengok... eh tersuka pulak. Hahahaa.. Maka start la maraton episod 1 sampai mana episod paling latest kat TV. Setiap hari semangat la nak tengok. Apa yang buat saya teruja nak tengok setiap episod?


1. Takde adegan menyampah


Saya respect drama ni takde langsung adegan pegang, cium, aksi romatis yang keterlaluan. Walaupun Izz & Qisha dalam ni husband wife tapi takde pegang pegang.  Scene anak dengan mak / ayah pun takde pegang pegang. Yes i like it. Lagi lagi bab husband wife. selalu cite melayu lain kemain.. erhhh antara sebab tak suka tengok la kan. Over sangat.  Tak perlu scene pegang cium pun dah jelas buktikan sweet nya mereka.

Sweet, romantis bukan perlu tunjuk aksi aksi yang tak patut. Dari raut muka, kata kata dah cukup buat hati wanita akak ni cair tau. hahahhaha


2. Lagu Ippo Yang best

Lagu tema drama ni memang kena ek dengan drama ni. Suara Ippo Hafiz memang best. Pernah dengar live dia nyanyi masa sama sama dengan husband perform dekat Kedai Sebelah. Masa tu Ippo lagu dia glemer untuk cerita Teman lelaki Upahan.

Scene Ippo nyanyi masa dinner anniversary Izz & Qisha wah romatik sangat. Nak cakap kat husband, nak dinner Ippo nyanyi macam tu boleh? hihhii



A post shared by Ainul Mustafa (@ainul_mustafa) on



 Suamiku Paling Sweet .. Rugi je tengok.. LAMBAT. hahaha. Nasib baik boleh tengok online.

Tahniah buat pelakon yang memang best. semuanya best, berbakat. Tahniah jugak buat Pengarah Zulhuzaimy sebab berjaya keluar dari kebiasaan cerita cinta melayu. Bebaskan adegan pegang, cium yang tak sesuai dilihat..

Kesimpulannya.. adegan peluk cium tu tak penting pun. Skrip yang baik, lakonan yang mantap secara sendirinya akan membuatkan cerita ini menarik.  Ainul bagitau husband yang drama ni takde scene pegang pegang. Dia pun akui.. aah la tak payah pegang pegang pun dah sweet.


Suamiku Paling Sweet .. mestilah semua wanita nak suami macam Izz Heykal kan. Tapi itu semua lakonan.. Realitinya suami kita semua sangat sweet. Sweet tu subjektif. Tak perlu hadiah mahal pun. Orang perempuan ni, husband puji makin cantik pun dah kembang semangkuk tau. Suamiku sweet bila dia tolong sidaikan baju, tolong kemas rumah, handle anak anak. Sangat kita sedih dia ada dengan kita. Tengok penat tetiba dia datang tolong picitkan bahu " sayang ok? " .. cair weeiii.. terus hilang penat. Bila pregnant , dia tolong urutkan kami, picit kepala. Bagi semangat kat kita dalam labour room.

kita selalu nampak sweet mesti bagi hadiah mahal, surprise itu ini. benda benda kecil pun kita kena selalu pandang.


LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments