Food Delivery Nasi Campur Sedap Murah Di Shah Alam

Friday, December 09, 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Lama bersawang blog ni. Adoi penangan mabuk takde la pulak. Ni malas punya pasal. huhuhu

Ok lah nak cite pasal hal makanan ni. Kebetulan sebulan lepas ( hah cite sebulan lepas punya tau.huhu) , kami satu family ni ALLAH uji sikit dengan masalah kesihatan. 1 family demam. Bermula dengan Arreessa, maryam dan last sekali mama abah diaorang la.

Ada 1 hari tu ya ALLAH badan penat betul. Husband pulak hari tu teruk panas nya. Ainul nak masak pun barang dapur semua dah habis. Nak keluar memang tak larat la sangat. Biasa la mak mak kannn.. pagi pagi dok pikir dah kang tengah hari nanti nak makan apa ni. pagi ni boleh la makan roti, minum ESP je. Tengah hari nak juga makan berat sikit kan. Time pregnnat ni tak boleh miss waktu makan. Bila badan berangin lagi parah..

Takkan nak call piza, McD kot. Oh ! dah lama tak makan fast ffod. Tak sihat nak makan fast food. Oh memang tidak la. Lagi la susah nak cepat sembuh. Nak nasi !!!

Tetiba teringat iklan iklan orang dekat Shah Alam Resident pasal ada orang boleh buat food delivery nasi makan tengah hari. Terus buka balik group tu . Berjasa sungguh la group tu. banyak info pasal Shah Alam ni boleh tahu. 

Akhirnya jumpa dan rezeki Ainul anak beranak jugak. patut pukul 10 pagi dia dah stop ambil order. Ainul whatsapp dia pukul 10.15pagi macam tu. Rezeki sangat dia cakap still boleh order.

Alhamdulillah dia janji dalam 11.45-12tgh hari dia hantar. Memang tepat masanya dia sampai. bayar masa dia hantar dan terus boleh makan...

Ainul order di Zaifa Fooddelivery. Kalau area Shah Alam free delivery. Memang berbaloi la. Ada 2 jenis set kita boleh pilih. Set budget RM6 perset. Ok la kan. termasuk nasi ye. Kalau p makan kat kedai pun mau RM7-8 jugak



Boleh pilih la ye nak set mana. Ikut budget masing masing. bagi Ainul set RM6 pun dah sangat best. Kenyang kami 1 family.





Ini gambar yang sempat Ainul snap. Almaklum la demam. dan kena melayan orang orang demam. Makanan sedap, bersih. dan berbaloi la beli. Puas hati

Kepada yang mungkin ada mak ayah yang dok kt rumah sorang sorang ke, atau kita duduk rumah dengan anak anak. mana sempat nak masak order je sonang. Lagipun ini homemade food. Masakan rumah.

Kalau korang nak order sila whatsapp ke number dalam gambar tu ye. Jangan whatsapp Ainul pulak nak order nasi. Order Shaklee boleh whatsapp Ainul. hihihihi


LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. Sekarang food delivery dah jadi trend kan.. :) gws ainul dan family..

    ReplyDelete
  2. hi saya datang singgah sini sambil follow :)

    ReplyDelete