Browser “HALAL” pun ada ke ?

Browser “HALAL” pun ada ke ?
Korang jangan ingat makanan je kena ada sah halal. Nak melayari internet pun kena guna browser halal? Terkejut tak. 1st time jugak dengar browser halal di Oh!Media ni. Halal di sini bermakna patuh syariah. Dunia tanpa sempadan sekarang menyebabkan kita boleh melayari internet di mana mana dan boleh tengok apa sahaja. Cari je keyword apa sahaja semuanya akan dipaparkan.

muka cover malu kalau tetiba keluar “benda jahat” huhhuu

Akan tetapi bukan semua orang berjiwa suci murni tau. dan kadang kadang kita yang suci murni ni pun terjebak dengan benda benda “bahaya” ni. Tengak syiok nak cari resepi, deko rumah tetiba keluar iklan porno kau. terkejutz mak. Kalau kat rumah boleh la ko cover terus tutup. Kalau di pejabat atau di tempat umum , orang yang nampak dah ingat ko otak ” blue” . Padahal kita mangsa keadaan. Ala ala mangsa cyber gitu.

Anak kecik sebesar Maryam ni pun dah pandai buka youtube sendiri. Dia bukan pandai baca lagi. Main tekan je. Yang main tekan tekan tu bahaya dan ramai orang jahat di luar sana ambil kesempatan sebarkan idologi jahat nak merosakkan anak anak kita dengan video frozen 18sx pulak. Budak kecik apa la tahu. Dia tahu nampak Frozen comel je.

gini la bila semua sibuk melayan handphone

Di Oh!Media ada terangkan mengenai Salam Browser dimana Salam Browser ni akan block dulu benda benda yang tidak sepatutnya kita tengok dan anak anak tahu.

Browser ni mampu elakan sebarang “click bait” pada iklan, post atau video yang mempromosikan tentang judi, pornografi, malware, dan apa sahaja scam yang membawa kepada perkara negatif

3 Benda yang Menarik pasal Salam Browser ni 

1. Menyekat sebarang iklan & kandungan yang tidak sesuai

Benda ni paling penting dalam setiap browser kan.  Salam Browser ni secara automatik akan block siap siap apa juga aktiviti, iklan yang tidak sihat. Jadi takde la sambil cari resepi keluar gambar lucah pulak.

2. Melindungi privasi dalam talian.

Salam browser ada VPN (Virtual Private Network) percuma supaya IP dan lokasi anda tidak terdedah kepada sebarang website yang tidak bertanggungjawab. Ini sangat sangat penting supaya hackers susah nak detect IP kita.

Salam Browser akan ditandakan dengan ‘https’ hijau di hadapan bahagian URL yang membawa maksud anda sedang melayari website tersebut dengan selamat. Fungsi ini sangat berguna apabila anda melakukan sebarang transaski pembelian, membeli-belah secara online, dan juga perbankan dalam talian.


Salam Browser ni akan terus dalam ” incognito window ” . Jadi kalau kita suka guna public pc, atau guna komputer di pejabat , secara history akan dipadam. Bahaya tau kalau orang tahu password kita. dan tak selesa juga kalau orang tahu kita ni search apa kan. 

3. Melayari internet dengan lebih pantas

Paling best Salam Browser ni sebab kita boleh layari internet lebih laju walaupun kita guna internet yang rendah. 
Nak terus download pun boleh. klik je yang hijau tu. atau kita nak dengar lagu nak audio sahaja boleh klik audio. 
Memang best Salam Browser ni. Nak download boleh download kat sini > salambrowser.com

One thought on “Browser “HALAL” pun ada ke ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge