Alfatihah Untuk Sahabatku.

Alfatihah Untuk Sahabatku.

Dia Best Friend Saya

Kami kenal dari sekolah rendah dan sampai ke sekolah menengah. Form 1-3 kami 1 kelas. Form 4-5 je kelas lain. Dia masuk ke kelas aliran Agama, saya masuk aliran sains.

Korang selalu cakap lelaki dan perempuan tak boleh best friend nanti terjatuh cinta. 8 tahun jadi sahabat baik, kongsi masalah, kongsi hang minat sapa..hahha.. gosip dan macam macam.

Lepas SPM kami berpisah.. dia masuk Uniten di Muazzam Shah dan saya masuk Matrikulasi. Dulu mana ada handphone jadi kena tunggu cuti sem baru dia akan call rumah.

Sehingga 1 masa dah lama sangat dia tak call. Pelik la jugak. Dia sibuk kot.

Di Matrikulasi masa tu saya takde handphone. Jadi kalau family nak call diaorang akan call roomate saya.

Suatu hari, saya keluar p makan selepas maghrib. selalu selepas makan balik bilik. hari tu entah la banyak pulak tempat p singgah

Balik je bilik roomate kalut… ” Ainul p mana? semua orang cari “

eh kenapa ni?

“Ainul ada kawan Ainul call. dia cakap ada kawan meninggal accident”

Rasanya Ros Safina yang call kan . ” Ainul , Faisal dah meninggal “

terduduk !!

Esoknya saya dengan kawan kawan sekolah pakat nak balik untuk ziarah arwah buat kali terakhir. Tapi…. warden tak lepaskan. sedih sangat masa tu. Kawan kawan cakap nak fly je balik. erhhh diaorang lelaki berani la. Aku sorang je perempuan ni. kalau ayah tahu mati.

Kali terakhir saya jumpa arwah berdepan hanya hari terakhir zaman persekolahan..

Sejak arwah meninggal , setiap malam asal pejam mata bayangan arwah selalu datang. sampai la saya di UTM. Takut sangattt sampai mengigigil nak tidur.

Saya bercerita pada seorang sahabat ..kata ” Ainul redha tak dia pergi ? “

Macam tak percaya apa yang kawan di cakap..

Solat hajat, baca yassin.. dan setiap kali solat Ainul doa ” ya ALLAH, aku redha sahabatku Faisal pergi. Tempatkan la dia di tempat orang yang beriman. Jauhkan dia dari seksaan kubur “

Bukan sekali buat.. banyak kali .tak sempat nak kira berapa kali. Alhamdulillah tiada lagi bayangan arwah setiap kali pejam mata.

14 tahun sudah Arwah pergi meninggalkan saya. Kenangan kami tetap saya ingat sampai bila bila.

Terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik saya. segala rahsia kita , Ainul simpan sampai mati.

Ainul ada sahabat baik selepas kamu Faisal. Nama dia Joe Labu. Kalau la korang dapat jumpa mesti kecoh. Hang mesti nak cite pasal aku comot dulu kan… hihi

Al Fatihah Untuk Arwah Mohd Faisal Bin Rasid

******************************************************************************

Ainul share kisah ini di FB. ya ALLAH tak sangka kawan kawan sekolah ramai yang komen. dan paling tak sangka cikgu pun komen. Ramai yang merindui arwah. Arwah memang seorang yang baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge