Kisah Benar : Mama, ada hantu kat situ !!

Sunday, September 18, 2016

4 tahun sudah berlalu namun ianya masih segar dan masih terbayang bayang sehingga hari ini. Bila dikenang kembali berdiri bulu romaku seperti lagu Hetty Koes Endang . Kalau dulu hanya pernah dengar cerita orang, kisah bed time story tapi bila ternampak sendiri baru la percaya ianya benar boleh menonjolkan diri..

Kisah bermula pada hari saya mendapat bonus dari business part time. Kebetulan mak dan adik adik juga ada datang ke rumah. Alhamdulillah dapat la belanja suami, anak , adik adik dan mak tersayang.
Selesai solat maghrib kami bersiap dan terus menuju ke 1 restoran di seksyen 7 Shah Alam.

Sampai di kawasan tersebut, parking penuh. mungkin time orang balik kerja dan dinner kan. Jadi memang ramai la. Kami parking agak jauh. berjalan sikit ke restoran tersebut.

Arreessa merengek nak saya dukung. oklah dukung dia melalui deretan kedai kedai si kawasan yang begini glamour dengan fesyen terkini. banyak kedai belum buka ketika itu dan ada yang sudah tutup. yelah 4 tahun lepas kawasan itu baru nak membangun..

Bila hampir sampai ke restoran yang kami bercadang nak makan...

Arreessa peluk saya sekuat mungkin. kepalanya rapat pada bahu saya. tangannya genggam erat tudung bawal yang sudah setahun dibeli

Kami melangkah masuk ke restoran itu dan..... " mama taknak makan sini !!!! "

Arreessa menjerit sekuat hati. menangis nangis taknak makan di situ.

" la kenapa sayang?

"taknak kat sini !!! " tangan nya makin kuat genggam tudung saya. kaki meronta ronta tidak mahu masuk ke restoran itu..

Oklah kita makan di restoran sebelah.....

sampai di restoran sebelah dia ok..

mood nya baik, happy tidak seperti melalui restoran tadi..pelik !

Selesai makan pelbagai jenis makanan yang sedap. syukur mak, adik adik, suami tersenyum gembira kekenyangan. Puas hati dapat mengembirakan mereka.

Untuk ke tempat kereta kami parking tadi, kami mesti melalui restoran pertama tadi.

Sampai sahaja di restoran itu...

Arreessa peluk saya erat. tangannya genggam kuat sangat pada lengan saya.

" ishh ! kenapa dia ni "

melintasi restoran itu, saya sempat menjeling apa yang ada di restoran itu. tiada apa yang pelik. ramai orang sedang gelak ketawa, berborak, makan. tiada apa yang berlaku.

tetapi kenapa Arreessa ni?

Sampai ke rumah, Arreessa kembali ceria, bermain main dengan babah nya.

Tiba masa untuk tidur. Mak dan adik adik sudah masuk ke bilik. suasana sunyi malam itu

Suami tidur awal malam itu. tinggal saya dan Arreessa sahaja.

" jom la Arreessa kita tidur"

Kami masuk bilik dan saya menyusukan dia....

Tiba tiba saya terdengar " grhhh.. grhhh "

bunyi seperti seseorang sedang mencakar karpet buluh dalam bilik tidur kami.

" grhhh.. grhhh "  bunyi nya makin kerap dan kuat

" mama !! ada hantu kat situ"

zuppp !! tergamam saya bila Arreessa cakap begitu sampai tanganya menghala ke arah kawasan karpet buluh itu.

"ishh mana ada la. jom tido"

saya cuba tenangkan dia... tapi dalam hati sedang menggigil.

saya pejamkan mata sekuatkan mungkin dan mulut terkumat kami membaca Al Fatihah, Ayat Kursi, apa sahaja ayat yang terlintas di fikiran saya.

Bunyi " grhhh.. grhhh " tadi senyap. lega !!!

Saya buka mata nampak Arreessa dah tidur.

Saya baring dan memandang ke arah pintu yang tidak ditutup dan nampak sedikit cahaya dari lampu tangga..

dan masa itu la.. Ya ALLAH terkaku saya sebentar bila saya nampakkkkk

1 bayang dengan rambut mengerbang dan kukunya panjang berlalu dari bilik saya keluar 


bayang itu saya nampak jelas pada pintu..

siapakah itu? adakah ianya dari bunyi cakaran tadi..

Adakah ianya ikut kami pulang?

Macam macam berlegar di fikiran saya

Adakah Arreessa nampak " sesuatu " di restoran tadi. dan sebab itu dia menangis tak mahu masuk ke restoran itu.

Betul la kata orang anak kecil boleh nampak " benda " dan sesetengah restoran memang ada simpan " benda " untuk lariskan perniagaan mereka.

Betul atau tidak atau ianya hanya kebetulan.. hanya ALLAH sahaja yang tahu


kisah benar pada tahun 2012. semoga saya tak nampak ianya lagi dalam rumah ini.




==================================================================

korang pernah dengar kisah kereta Volkswagen Kuning dekat highway. Ni pernah dengar masa keje selalu outstation dulu. Orang yang selalu p outstation drive malam malam selalu dimomokkan dengan kisah ini. betul ke tidak entah la.

korang ada ke pengalaman dengan Volkswagen Kuning ni atau kisah seram yang korang nak kongsikan dengan kami. Kalau ada, boleh la kongsi kisah anda di blog dan anda perluang memenangi OPPO F1s. 

Untuk join contest ini sila ke Blog Framestone--> http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/


Peraduan yang dianjurkan juga adalah atas kolaborasi antara Bro Framestone dan pihak MIG dalam mempromosikan filem terbaru mereka iaitu Volkswagen Kuning. 

Filem yang bakal ditayangkan pada 22 September 2016 ini bergenre seram pasti menyebabkan anda yang menontonnya tidak senang duduk dari mula cerita sehingga pengakhirannya.




jom layan trailer dia. seram weiiii... baru tengok trailer je. ni kalau tengok kat wayang mau asyik tutup muka je. 







Di kala malam menjelma..
Dendam kesumat membawa...

Misteri Volkswagen Kuning menghantui pengguna jalan raya....
Jangan dicabar, dia mencari, jangan salah pilih jalan, kekuatan emosi halangan segalanya!



#VolkswagenKuning #MiGOnline #VKBloggerReview #BlogRetis #OppoF1s & #SelfieExpert




LAGI ARTIKEL MENARIK

21 comments

  1. Seramnya.. lepas tue esoknya aressa ok x ainul..? Masih lagi menangis atau mlm tue jek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok dia ok. lepas tu setiap malam baca yassin.

      Delete
  2. Ya Allah seramnyaaaa! Kalau sy confirm dah pengsan, huhu. Memang bebudak boleh nampakkan benda tu? Syukurlah arreessa ok. Btw cerita volkswagen kuning ni pernah baca kat FB. Memang serammmmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh pengsan. tergamam je .nasib benda tu jalan terus kalau datang kat Ainul itu mmg pengsan

      Delete
  3. Serius Ainul boleh nampak? Seramnyaaaa ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah nampak bayang rambut gerbang macam kak limah & kuku panjang giler.

      Delete
  4. Hadoii....sib baik baca pagi2...kalau tengah mlm tadi tak tahu la camner...serammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg tulis pagi.kalau menulis malam mau ainul pun seram

      Delete
  5. Erkk takutnya! Nasib baik benda tu tak duduk lama kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. bersyukur jgk. kalau terus dok kt anak ishh mcmmana la.

      Delete
  6. Terbaca lak kisah seram ainul ni. Dah lah akak ni penakut.
    Minta2 dijauhkan dari nampak benda2 macam ni.

    Nasib baik ainul dan aressa kuat semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ainul pun penakut kak. kuatkan la jgk demi anak

      Delete
  7. eeeii. takutnya... kirenya mata areesa boleh nampak bende2 ghaib.. huhu

    ReplyDelete
  8. ainul, restoren kat shah alam yang areesa tak nak masuk tu apa namanya erk? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tahu kena pm kita la. tak berani nak publish nama kedai tu. mungkin kebetulan hari tu benda tu dok kt situ ke. entah la.

      Delete
  9. Seramnye Ainul. Kite pun takmau nampak 'tu'

    ReplyDelete