Char kuey teow Udang Galah Sedap Di Shah Alam

Wednesday, September 14, 2016

Jalan jalan cari makan lagi. Kali ini Ainul bawa korang makan udang galah yang best punya. Baru tahu udang galah ni ada 2 jenis tau. Udang galah ternak dan yang liar. mana 1 yang tersedap? semestinya lah udang galah liar. isi nya lebih pejal, manis dari udang galah ternak. Ini la keunikkan cafe yang Ainul nak bawa korang ni. Owner nya yang memang pakar hal ehwal udang galah dan di cafe ni hanya menyediakan udang galah yang terbaik


Tadaaa... inilah dia The Nai Cafe yang terletak di Denai Alam, Shah Alam. Nak cari cafe ni tak susah pun. memang terletak di kawasan yang strategik Denai Alam.

Buat mereka yang tak biasa atau belum pernah sampai ke Denai Alam, boleh folo je maps ni ye. InsyaALLAH sampai.






Dekorasi cafe yang simple dan relax. sesuai sangat bawa 1 family ke sini. anak anak pun selesa. Surau juga di sediakan di sini. kalau bercadang nak berbuka puasa di sini pun tiada masalah nak terkejar kejar waktu solat. 






Best ke udang galah The Nai Cafe ini?


Buat peminat udang galah seharusnya terujakan. sama la seperti Ainul ni. terbayang udang galah yang besar , manis, sedap.  Di The Nai Cafe ni ada pelbagai saiz udang galah. saiz biasa, saiz XL pun ada.  harga udang galah mengikut grea. Gred A harus la yang terbaik



Char kuey teow Udang Galah .Harga RM18.90 mengikut saiz Udang galah. Kami dihidangkan dengan udang galah saiz besar. tengok kaki udang tu dah tau kan. Special sangat.

Nasi goreng udang RM12.90 sebab udang dia kecil sikit. Kita boleh pilih nak saiz udang yang mana.





Char kuey teow Udang Galah di The Nai Cafe ada 4 jenis iaitu basah, kering lembap, lembap dan kering.

Kami memilih lembap dan kering. Ainul lebih suka yang kering. Char kuey teow yang lebih sedap , terasa kicap, ramuan nya. yang jenis lembap lebih berkuah.



Nasi goreng udang galah ini juga tidak pedas dan sesuai untuk kanak kanak juga. Pilihan lain jika anda lebih suka makan nasi


Di sini juga terdapat menu nasi bersama hidangan lauk udang galah dengan masakan istimewa seperti sambal tumis, gulai lemak, tomyam, goreng garing atau goreng butter. Set ini hargana RM14.90 termasuk nasi.


Masak sambal tumis , sambalnya tidak terlalu pedas, cukup manis, masam pedasnya. memang terangkat pada mereka yang suka pedas

Masak lemak udang galah dengan nanas. kuahnya pekat berlemak. terbaik. very recommended !

Tomyam Udang Galah ok  bagi Ainul. rasa tomyam ya sedikit masam. tak pedas. sesuai untuk anak anak yang suka kuah.

Udang Galah Goreng garing terbaik. boleh rasa manis udang dan ishh memang sedap lah. patut pilih ini juga tau

tak caya? boleh tengok sendiri pengacara jalan jalan asyik makan je ni makan. uishh nikmatnya makan udang galah.



terakhir sekali kami dihidangkan dengan sotong & ayam celup tepung. ingat ala macam celup tepung biasa. Rasanya lain tau. 



Sotong besar ni selalunya bila goreng celup tepung keras tapi yang ini rangup. ayam pun rangup diluar di dalam lembut. 


The Nai Cafe ni makanan memang sedap , layanan terbaik. tempat makan sedap di Shah Alam yang wajib korang semua datang dan cuba sendiri. 

Di sini juga ada dijual udang galah frozen yang kita boleh beli dan masak sendiri. 


The Nai Cafe, Shah Alam
No 23-1 Jalan Electron F U16 F Denai Alam, 40150 Shah Alam
03-78324481
Dibuka: 12tghhr- 11 malam setiap hari

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments