Tips Urus Business Untuk Ibu & Isteri Walaupun buat part time atau Full time dan tiada pembantu rumah

Tuesday, August 09, 2016

SUSAH LAH NAK BUAT KERJA BUSINESS..ANAK KACAU!!


Adakah kita mahu cakap kita tak berjaya disebabkan anak anak?

Adakah kita tak dapat capai apa yang kita mahukan sebab anak anak kacau kita?


"mama tak berjaya dalam business sebab kamu kacau mama dulu"

itu ke yang kita nak ucapkan pada anak anak kita?

salah anak anak atau salah kita yang kurang bijak dalam menguruskan hal business dan rumahtangga.

Ada banyak tips uruskan business dan keluarga dan kerjaya bila kita goggle tapi sejauh mana kita aplikasikan semua itu?

Tips saya yang paling mudah dan tak perlu modal pun.

kita semua dah apply, praktis 30 hari dah baru baru ni...

BANGUN AWAL JAM 3 PAGI.


Bangun jam 3 pagi bukan baru nak tidur jam 3 pagi..

ala susah la nak bangun awal...

Kenapa bulan Ramadan kita boleh bangun seawal 4 pagi untuk masak sahur? sebab kita dah set mind kita kena bangun awal masak sahur kalau tak terlepas sahur..

saya sendiri dah praktis tips ini 4 tahun lepas. dari buat business part time sampai sekarang full time.

bila buat full time lagi sangat membantu sebab bila anak anak dah bangun, kerja kerja business kita dah hampir siap.

jadi masa siang boleh siapkan kerja kerja rumah yang lain. bawa anak ke pasar, masak untuk keluarga

hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

SELAGI ANDA TIDAK MENGURUSKAN MASA, SELAGI ITULAH ANDA TIDAK MENGURUSKAN APA-APA.






~AinulMustafa~
catatan ibu bekerja dari rumah
www.ainulmustafa.com
http://dietdietsihat.blogspot.my/

LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments