Short Vacation: Jalan Jalan Cameron Highlands

Tuesday, August 30, 2016

Seminggu punya plan zass terus ke Cameron. Kali terakhir menjejakkan kaki ke Cameron Highlands 3 tahun lepas. Dah lama kan. Dekat je tapi nak pergi berchenta. Selalu last minit plan ni yang menjadi. tak payah nak pikir banyak sangat. terus jalannnn. 

Sampai je Camreron tempat pertama yang kami tuju. Oh ya! kami naik ikut Simpang Pulai tau. Rasanya kalau korang naik ikut sini , tempat ni mesti jumpa punya. Arreessa bising " Mama ini je ke Cameron. Keciknya" 

belum sampai atas lagi sayang oii.. baru mukadimah je ni.


Kat sini ada jual ice cream lavender. mahal jugak dalam RM7++ . Tak beli sebab katanya pure lavender. errrr takut nak makan. Kawan yang beli katanya rasa bunga. hihii

Kat sini kita boleh bagi makan ikan, itik, arnab. kami pilih arnab. 1 bungkus makanan RM3. kena beli kt situ. Hangpa jangan dok gatai bagi makanan yang dibawa sendiri pulak. 



Kita akan masuk ke dalam kandang arnab tu. Berhati hati masa bagi makan. kang kena gigit. Maryam & Arreessa nanges takut. Mama dia takut jugak tapi tak nanges la. 

Korang hulur je rumput tu berderu arnab arnab tu datang. Ada masa berdiri arnab tu nak tarik makanan.


Pastikan lepas dah bagi makan arnab, korang basuh cuci tangan betul betul. Risau virus yang ada pada binatang ni. 


Sweet tau tempat ni. sejuk dan pemandangan yang cantik. Tengok anak anak pun happy. Boleh main ting ting lagi.











Boleh la feeling obersea. Bunga bunga yang colourful. memang best kat sini. Nak bergambar pun cantik. kat sini banyak pokok bunga lavender. siap ada kedai House Of Lavender. Nak teh lavender, lavender kering pun ada. Boleh beli kat sini. Harga tak pasti murah ke mahal sebab tak beli. 


Sambung jalan lagi naik ke atas lagi. lapoo la pulak. Jom kita singgah pekena scone dulu






Budak budak comel ni tempat sejuk pun nak makan ice cream. Boleh tahan mahal ice cream kat sini. harga sangat berbeza dengan tempat biasa. kos nak bawa naik ke atas kot. pastikan korang tengok harga dulu sebelum bayar. nanti nanges.huhuhu



Datang Cameron tak sah kalau tak layan scone. kali ni pilih scone strawberry. RM8.50 untuk 1 set.  Besar scone ni compare dengan scone biasa. Rasa pun no bad la. 3 tahun lepas ada makan scone sedap tapi dah tak ingat dekat mana.  Yang ini ok la rasanya. doh lembut. kena makan dengan butter baru sedap. kalau makan saja tawar. makan dengan jem strawberry pun okey. 

Habis makan kita ke homestay. Di mana homestay kami duduk? Ke mana kami pergi 3 hari di Cameron? kita jumpa di next entry.. 

Stay tune...















LAGI ARTIKEL MENARIK

3 comments

  1. Macam menarik je. Boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  2. dkna pergi cameron tahun lepas tanda dirancang.. main redah je..hahahaa.. semalaman jer orang kata back pack gitu

    ReplyDelete
  3. menarik...lagi i tunggu story nu

    ReplyDelete