Makanan Terengganu Asli Di U2 TTDI Jaya Shah Alam

Monday, August 15, 2016

Na na na na na Terengganu kita !!! bestnya dapat pergi teganu kan. nak makan nasi dagang ori punya. sotong celup tepung.. wah semuanya pasal makanan. hihi

Sabtu lepas Ainul pegi ke 1 cafe ni tau. Ala dekat Shah Alam jek. dekat U2 TTDI Jaya. Petang petang bawa anak suami jalan jalan. Cafe ni yang bestnya ia menyediakan makanan asli terengganu. tak payah dah nak drive jauh jauh nak makan makanan asli terengganu kan. Shah Alam pun ada uolss





Cafe Delong ni baru sahaja dibuka. Delong ni nama tempat di Dungun Terengganu dan tempat asal ayah owner Delong ni

Menu special di Delong ni adalah Chalong. Ainul 1stt ime dengar chalong ni. teruja la jugak nak merasakan.


Chalong ni macam bihun sup tapi ada bebola ikan yang dibuat sendiri. Special bebola ikan ini adalah ianya 100% ikan tau. lembut sangat.  Chalong ni sesuai sangat untuk mereka yang diet , nak makan makanan yang eat clean. Chalong la menu yang sesuai. lengkap dengan bihun, bebola ikan, sayuran.  tambah dengan sambal kicap rasanya memang terangkat beb !

Nasi Carrot menu yang wajib korang cuba di Delong ni. Makan nasi je dah sedap. ada rasa, lembut dan anak anak pun suka. Nasi Carrot ni kita makan sekali dengan ayam masak merah. Gabungan yang memang sesuai sangat. Ayam masak merah dia pedas, sedap.




korang boleh pilih package Nasi Carrot dan Air Soda Bukit Besi. Set ini hanya berharga RM9.90 sahaja.


Untuk dessert , kami dihidangkan dengan Lala Choco Drink. sedap oo yang ni. marshmallow tu diaorang bakar. pehhh rasanya lagi kaw kaw tau




Makanan di sini semaunya sedap. Ada menu lain juga yang special seperti Nasi Goreng Sotong Petai, western food pun ada.
















Address : No 8 Jalan Opera A U2/A Seksyen U2 TTDI Jaya Shah Alam Selangor


No Tel : 0139583797 / 0122808996


LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments