Cafe Blokke Di Citta Mall

Wednesday, August 10, 2016

1st time ajak usband dan anak anak ke Citta Mall. Sekali sekali tukar angin. Padahal dekat je Citta Mall dengan rumah. Jauh lagi Ikea. Google punya gogle apa yang menarik dekat Citta Mall jumpa la 1 cafe ni. macam best jek nak bawa anak anak.

Citta Mall ni boleh tahan besar jugak. Masa nak pegi tu parking agak penuh. eh ni weekdays ni. mungkin kete pekerja kot. Bila masuk Citta Mall di area Village grocer ramai orang. next time nak p shooping grocery la kat situ. meti banyak product organik. 

Korang suka main lego? anak korang giler main lego? korang wajib datang cafe Blokke ni. Boleh main lego dan ianya FREE.

Cafe ni ada juga jual lego, sewa lego dan macam macam pasal lego. kelas belajar main lego pun ada. 






Menarik kat Cafe Blokke ni adalah, kerusi meja, warna macam lego. terasa macam kanak kanak pulak.



ini dia tempat main lego. sambil makan minum kita main lego. Lego kat sini pun special. Arreessa dan Maryam kemain suka. kusyuk main

Nama pun Cafe jadi mesti ada makanan kan. Menu kat sini yang simple simple je. Korang jangan la order nasi goreng kampung, mee goreng mamak pulak. 






kami order yang ini. makan ringan je. air coffee latte dan kit kat milkshakes. Kit Kat Mealshakes sedap giler kot. korang wajib cuba. sedap. Ainul pun suka. hihi

Dalam cafe ni juga ada playground. Yang ni kena bayar. 




berapa rates dia? boleh refer sini



Cafe ni ada disediakan surau. dalam cafe tu. jadi tak perlu keluar dari cafe kalau nak ke surau. tempat yang bersih dan selesa. 

Sambil anak anak bermain, kita boleh buat kerja, membaca. sesuai la bawa anak anak ke sini





Arreessa ajak hari hari datang sini.. seronok lego di sini macam macam bentuk yang best. InsyaAllah nanti kita datang lagi ye




Cafe Blokke

F41, First Floor, Citta Mall, Jalan PJU 1A/48, 47301 Petaling Jaya, Malaysia




LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

  1. Thank you for your kind review. We really appreciate your support!

    ReplyDelete