Bekerja dari rumah bukan suri rumah

Wednesday, August 31, 2016



Bekerja dari rumah bukan suri rumah



dah nama pun bekerja kan cuma bezanya opis kami di rumah. sebab tu kena ada SOHO khas untuk bekerja.

Opis dah tetapkan jam 8.30pagi masuk keje maka ianya sama seperti kami yang bekerja di rumah.


kami tetapkan jam 4 pagi masuk opis.

kalau orang keje opis lepak kedai mamak sarapan jam 10 pagi, kami pun sama. 10 pagi lepak kedai mamak.

kalau keje opis lepak kedai makan jam 10pagi , risau jugak la kan bab keberkatan. time bekerja tu. masa tu la bos calling tanya itu ini.

best bekerja sendiri ni, kami bos dan kami pekerja. lepak kedai mamak 10pagi pun tetap bekerja. bos saya incik Joe Labu jadi lepak, meeting dan dating :)

yang seronok buat business ni sebab kami bekerja 1 keluarga.

pagi kami siapkan kerja kerja update blog, order customer. lepas ambil anak sekolah kami akan ke Shaklee ambil barang customer, pergi pos barang dan pergi COD. anak anak pun sama sama ada

Bekerja di rumah memang sangat mencabar. Sebenarnya bekerja di rumah lagi penat dari bekerja di opis tapi sangat puas hati. Kalau bekerja di opis penat, malas nak taknak kena buat jugak sebab arahan dari bos. Kalau di rumah..malas boleh tutup mata kejappppp.. tarik nafas.hembuss.kita sambung buat kerja...hehe

Pengurusan masa sangat la penting. Masa anak tidur memang akan siapkan semua kerja kerja rumah. Masa anak terjaga memang main dengan dia je la

Kadang kadang saya bekerja dengan anak anak. Ajak anak anak sekali membantu. Dari kecil dah ajar mereka buat business. Sebab mereka pewaris business ni

Saat ni memang kena sabar melayan mereka.anak anak ni cepat bosan.jadi tak perlu paksa..

Bekerja dari rumah bukan lesen untuk goyang kaki, layan telenovela, sinetron 24jam. kang 1 keje pun tak siap.

“Lack of direction, not lack of time, is the problem. We all have twenty-four hour days.” – Zig Ziglar




LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments