National Conference 2016

National Conference 2016
Tahun ke 4 berturut turut naik pentas award National Conference Shaklee. Tahun ini National Conference di lakukan di Sunway Pyramid Convention Center . Punya la excited. Bukan mak ayah je , Arreessa dan maryam pun. Macam Maryam tak berapa faham lagi. Arreessa dah faham jadi dia lebih teruja. Malam sebelum event dah siap prepare dress, kasut. Tu pun bersemangat nak cari crown. jenuh tawaf 1 Aeon Mall tak jumpa crown. Siap pesan ” nanti mama tanya la Dato Vida dia beli crown kat mana? ” adoii ko ingat Dato Vida kawan main teng teng mama ke.huhuhu

Mama jangan dok berangan la nak posing sorang sorang.. 

MC National Conference tahun ini adalah Adibah Noor. Best giler !! kelakar habis. Rasanya sepanjang event asyik gelak je kalau dengan dia. Pengisian event yang sangat best. dah la jadi mc lepas tu dia p nyanyi pulak. sedap suara dia. macam dalam youtube. padahal nyanyi live. takde sumbang langsung. hebat kan..


Adibah Noor pun ada menyatakan sesuatu mengenai MLM Shaklee. Apa yang membuatkan Adibah Nor SEBAK di Shaklee NC 2016

“… What i saw there, is ketaksuban terhadap wang ringgit. Wang ringgit itu seolah-oleh Tuhan. Mereka bersorak, mereka macam taksub sangat dengan kejayaan dari segi wang ringgit. Tapi, although i was skeptical when i was here, in Shaklee, but i’m not a member yet, what i see today, that u people sharing experiences from your soul. Which is soo Ohsem!

Kebebasan kewangan itu hanyalah BONUS sahaja, dan bukan merupakan matlamat utama, matlamat sebenar yg saya nampaklah, dari my observation the whole day from morning is, YOU PUNYA KEINGINAN UNTUK MENGECAPI KEBAHAGIAAN DEMI INSAN-INSAN YANG TELAH BERKORBAN UNTUK ANDA. Wow! That really touched me “
– Adibah Nor.

Banyak moment2 best di ‪#‎ShakleeNC2016‬ kemarin.

Antara satu yang buat jiwa saya bergetar adalah pengakuan ikhlas Adibah Nor selepas apa yang beliau lihat sepanjang event ni berlangsung.

Beliau mengakui sudah serik dan tidak percaya kenapa MLM sebab pernah menyertai 1 MLM ni… Namun apa yang dia lihat di Shaklee berbeza.

Inilah wajah sebenar kami.

Tu sebab anda jarang lihat agen2 Shaklee tayang bonus2, harta benda, henbeg mahal or apa2 barang material sebab itu bukanlah tujuan utama kami.

Ramai yang setia dan terus berkongsi Shaklee kerana FAMILY TERSAYANG.

Ramai yang setia dan terus berkongsi Shaklee kerana KEPUASAN MEMBANTU ORANG LAIN untuk hidup lebih sihat.

Ramai yang setia dan terus berkongsi Shaklee kerana MAHU MELIHAT ORANG LAIN BERJAYA SEPERTI MEREKA.

Walaupun Shaklee adalah MLM. Tapi ketahuilah ia sangat berbeza dengan MLM lain.

Kami tidak jual produk berbahaya.

Kami ikhlas membantu sesiapa yang memerlukan.

FAMILY is our BIG WHY.

Dan Allah tempat kami meminta KEBERKATAN REZEKI dan tempat kami bergantung.

InsyaAllah akan terus berada di Shaklee kerana masih ramai lagi insan yang belum saya sentuh dan masih ramai lagi insan yang boleh saya bantu untuk capai apa yang mereka mahukan untuk anak2, suami dan ibu bapa.

Let’s live amazing, insyaAllah!

dengar sendiri apa yang Adibah Noor cakap di video ini

Ainul makan  Shaklee sejak 2011 untuk bagi badan bertenaga. yelah bekerja, selalu outstation, nak menyusukan Arreessa lagi. beli set menyusu tapi belum jadi ahli. Tahun 2012 Ainul beli lecithin untuk kurus pulak. terus jadi ahli untuk dapat harga murah. Tak pernah terfikir nak buat business.

Seperti mana mana business lain, kami juga tidak boleh lari dengan dugaan, cabaran. 4 tahun banyak mengajar Ainul erti hidup berniaga sebenarnya. tidak seperti makan gaji. malas ke terlebih rajin pun gaji tetap sama setiap bulan. tunggu je time gaji, boleh enjoy. tak boleh nak demand gaji itu ini. Buat business, setiap bulan kena ada planning, usaha sendiri, segala kena fikir, pecah kepala.

Bila bekerja dari rumah, masa kita kena banyak korbankan. masa tengok tv, masa lepak berangan, masa tidur. 24jam sungguh padat dengan kerja business, uruskan anak anak, hal rumah tangga.

Dengar macam menakutkan ke? hihi… apapun tetap best buat business ni. masa kita boleh adjust. Masa kita yang tentukan nak buat apa. Ada juga masa rasa tepu. Rasa tak tau nak buat apa.. so apa lagi terus ajak husband p bercuti. ajak husband p tengok wayang. Tak perlu risau bos tak aapprove cuti ke, ada meeting, projek yang nak kena kejar date line. Date line projek business kita yang tentukan.

Shawl : Rina Salleh
Blouse : Mumsluv

Kalau ada yang berminat untuk buat business Shaklee tak kira la part time ke fulltime boleh la hubungi Ainul di 013-3612717 atau PM di Facebook AinulMustafa  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge