Berbuka Puasa di Pretz n' Beanz Bangsar

Thursday, June 16, 2016

Assalamualaikum! alhamdulillah sudah seminggu berpuasa. kejap je kan. hari ni dah hari khamis. tak lama lagi dah masuk minggu ke 2 puasa. Ramadhan jangan cepat sangat berlalu..huhuhu

Berbuka di mana? berbuka makan apa? soalan setiap hari kot time pose ni. hihi. Last week Ainul buka puasa di Pretz n' Beanz di Bangsar. Sekali sekali tukar tekak..eh selera anak tekak ni kannn. Asyik makan nasi je uolss. Nak makan western la pulak.




Cafe ni dekat je dengan Bangsar Village 2. Nak senang parking je di Bngsar Village dan korang keluar ikut pintu belakang Bangsar Village 2. Kasi kalori terbakar dulu sebelum menambah lebih banyak kalori.

Suasana cafe yang santai. sesuai kalau nak lepak dengan kawan kawan atau dating dating. Bawa anak pun selesa. tengok la Maryam sibuk main dengan kawan kawan dia





Makanan sedap tak? benda wajib yang kena tahu kan.. So far kena la dengan selera Ainul. Ada banyak menu eat clean. Hah! sesuai la dengan iolss yang kekonon tengah berdetox ramadhan ni kann





pizza hawaiian chicken. Ada 2 jenis saiz pizza. pilih berapa inci pizza korang nak. Sedap juga pizza dia. nipis dan banyak benda atas topping tu. 

7' - RM18.00
10" - RM26.50




Garden Salad RM20 . Sedap tau salad dia. siapa yang memang suka makan sayur la kan. roti yang dia hidang sekali pun lembut je. 


 

spaghetti chicken bolognese RM19.00


 


Smoked Salmon Aglio Olio Spaghetti RM29.05



Carbonara Chicken Ham Spaghetti RM29.05 . 

Ni sedap. kena la dengan tekak Ainul. dan portion dia besar tau. banyak sangat tak boleh habis sorang makan. jadi boleh share dengan husband. 



Volcano Chocolate Cake with Ice Cream RM15.05


 
Waffle with Ice Cream RM13.90



Special menu sempena Ramadhan penuh barakah ini, Pretz n' Beanz menyediakan menu special iaitu menu ala carte hanya RM38 dan FREE air lagi. Boleh pilih nak air bandung, honey lime atau ice lemon tea dan FREE lagi 1 slice CAKE !!

Air tu unlimited refills tau. hangpa minum 10 gelas pun tak kena baayr. Tapi makan tak habis haippp kena charge. tak baik membazir di bulan ramadhan tau. amalan syaitonnn



Menu SPECIAL berbuka ni kena la dengan taste tekak selera orang Malaysia yang suka makan nasi.



Mutton Briyani.



Assam Pedas Fish

Syarat yang wajib dipatuhi untuk menu jom berbuka puasa dengan Pretz n' Beanz ye...


  • No takeaways
  • No sharing allowed
  • Free Buka Puasa Dates to soothe your stomach
  • This offer is applicable for dine in only
  • Food wastage will be subject to RM5 per 100gm
  • Price is not inclusive of 6% GST & service charge
  • Available from 6pm - 9pm (Monday to Friday)
  • Not avalaible on Saturdays, Sunday and Public Holiday



nampak tak muka keriangan akhak ahkak bloggers cun ni. muka riang perut kekenyangan..huhuhu

Surau tidak disediakan. tapi korang boleh solat di Bangsar Village 2. Dokat je uolss. Lepas makan jalan sikit kasi lelemaks terbako. 

Kalau korang bercadang nak berbuka puasa kat sini, boleh contact no di bawah untuk booking. ko jangan terjah je. kang penuh "jangan cakap akak tak payung " 



Pretz n' Beanz Bangsar
No 9 Jalan Telawi 2 
Bangsar Baru 
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2201 9026


Facebook : Pretz n' Beanz
Instagram : Pretz n' Beanz

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments