BabyWearing: SSC, Ring Sling Ke Wrap

Saturday, June 11, 2016

Ainul bukan la pakar bab baby wearing ni. Just kongsi pengalaman. Masa Arreessa lahir pernah beli brand murah tapi Arreessa tak selesa so jual je. Rupa beli yang tak ergonomic . Menatang apa pulak ergonomic  tu. refer yang bawah ni. mana babywearing yang selamat untuk anak kita.



Tips wajib tahu bila nak beli babywearing ni. jangan main beli je tau. 


T = Tight : Maksudnye anak mesti erat dalam dakapan ibu/ayah/pembawa namun kedua-duanya masih dalam keadaan selesa. Jangan terlalu ketat sampai anak susah nak bernafas.

I = In view at all times : Anak mesti sentiasa dapat dipantau. Untuk back carry, pastikan sentiasa berkomunikasi dengan anak.

C = Close enough to kiss
: Pastikan kedudukan anak pada paras yang betul. Penandanya, kita dapat cium dahi/kepala anak (Untuk front carry). Kalau tak sampai nak cium tu maknanya kedudukan anak terlalu rendah. Tapi jangan jugak terlalu tinggi hingga menghalang penglihatan pembawa. Kang tak pasal2 langgar tiang.. hehehe..

K = Keep chin off the chest : pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan @ tertekan ke dada anak kerana ini akan menyukarkan mereka untuk bernafas.

S = Supported back
: bahagian belakang badan anak disokong dan berada dalam keadaan semula jadi. Penting bagi bayi yang berusia 4 bulan ke bawah untuk berada dalam bentuk C (seperti dalam kandungan) kerana tulang belakang mereka masih belum kuat. Memaksa mereka duduk dikhuatiri akan mencederakan @ mengganggu tumbesaran tulang belakang mereka.


Babywearing yang Ainul dah pernah guna

1. Wrap




Selesa sangat pakai wrap ni. maryam pun selesa . duduk diam sampai tetido terberak semua. yang tak berapa best adalah wrap ni kain panjang yang kita lilit. kalau p jalan keluar, leceh nak buka dan pakai balik. dah la terkial kial. apapun kena selalu pakai baru la 10 saat boleh siap. kain wrap ni sejuk sebab tu baby sedap duduk dalam tu. teknik nak lilit wrap pun kena betul tau. salah nanti sakit bahu dan baby pun tak selesa.



2. Ring Sling







Mostly Ainul guna ring sling. ni pun rompak adik punya. hihihi. Suka ring sling sebab lebih mudah dipakai berbanding wrap . Nak pakai mula mula terkial kial juga terutama bab nak masukkan kain ke dalam ring. jenuh refer youtube. 100kali tengok kot dan tiru apa yang orang tu buat.. eh tipu tengok sampai 100 kali. hahaha.. banyak kali cuba tak kira berapa. korang boleh refer youtube ni kalau nak belajar pakai ring sling : Belajar pakai ring sling

Ainul guna ring sling ni dari Maryam New Born sampai 6bulan gitu. Ada yang guna sampai anak setahun tapi sebab dah namanya rompak adik punya maka kena pulangkan hasil rompakan.huhuhu



3. SSC

SSC bermakna soft structured carrier. Ada banyak brand SSC ni macam snuggbaby, tula, Boba . Ainul memilih Snuggbaby. Kenapa? sebab corak dia cantik.hihhi

SSC ni memang MAHAL tau. mostly RM300++ . Kalau yang murah ada yang puluh ringgit je tu sila check banyak kali tau. takut takut fake punya.




Masa maryam 6 bulan Ainul front carry. dah besar sikit baru back carry. Pasal front carry ni ramai sangat yang salah bila berbabywearing. Kalau jalan p mana mana, Ainul selalu sangat nampak. Rasa nak tegur je. tapi takuttttt..huhuhu. Please parents take note.






Nampak macam baby hepi je kan tapi sebenarnya kedudukan macam ni akan beri tekanan pada dada dia.

Bila kita carry baby mengadap depan, kita akan buat baby overstimulate. 

overstimulate ni macam baby tiba tiba je tertido sambil mengadap depan, atau bila malam nk masuk waktu tido dia akan mengamuk tak tahu nak apa. perasaan dia macam kalau kita dipaksa menghadap ke bawah dr bangunan 20tingkat berjam jam. 

Lagi 1 adalah baby carrier yang kedudukan kakinya tak betul. wajib kaki tu bentuk M. ni cikgu ainul bagitau.




Ainul lebih suka SSC sebab senang nak pakai dan lebih selesa. Kalau p travel pun senang nak bawa dan pakai. Ainul panjat Broga pun pakai SSC ni. SSC ni boleh bawa anak sampai berat 20kg. Pernah jugak gendong Arreessa pakai snuggbaby. 3 tahun dah SSC Ainul. Banyak jasa.


Kat mana nak belajar pasal babywearing ni?


1. Support Group

Korang wajib join support group. banyak info boleh dapat. Pastikan rajin membaca segala info yang ada.

Babywearing By Baby Ultra

Malaysian Babywearers


2. Cari mentor

Bila join group ni, akan banyak macam macam pendapat. kejap A, B , C. mesti peningkan. Ainul punya style, Ainul suka cari kawan yang terror bab wearing ni dan rujuk dia. Ainul selalu rujuk Salwa Ishak ni .  Awal awal dulu bila pakai je ambil gambar whatsapp salwa ni " wa ok tak? betul tak nk? " sehari berkali kali tanya. hihihi .. jadi kita follow dia je. senang kan


3. Banyak membaca

ilmu sekarang dah senang. dah ramai orang kongsi di FB, blog. kita kena rajin baca. jangan malas. ramai yang ambil mudah hal ni. jangan dok terikut ikut orang. tetapkan pendirian kita.


HIPSEAT TAK BAGUS !!

Trend orang suka beli hipseat kan.. ada tempat duduk katanya. hip seat ni mmg tidak sesuai utk semua peringkat umur walaupun baby dh pandai duduk... sebab hip seat ni akan menekan tulang belakang baby dan tulang belakang baby akan jadi bentuk C terbalik... satu lagi... akan menyebabkan kita sakit pinggang cz hip seat ni menolak kebawah if baby semakin berat so secara tak langsung akan menekan pinggang kita



ni Ainul bagi cadangan babywearing mana yang sesuai ikut peringkat umur baby





Ainul juga masih belajar dan terus belajar. jangan malas. ambil mudah terutama hal keselamatan anak anak. ianya bukan pasal murah atau mahal. keselamatan itu lebih penting. Pelaburan babywearing ni sangat berbaloi. Mahal tapi tahan lama.

If ada yang nak bertanya apa apa pasal babywearing ni boleh la contact Ainul 013-3612717 atau PM kat FB Ainul Mustafa  . Ainul bukan la pakar tau. hanya berkongsi pengalaman dan ilmu yang sikit ni.

Selamat berbabywearing !!!!

LAGI ARTIKEL MENARIK

3 comments

  1. Hipseat tak ergonomic rupanye..baru tau..sblm ni byk nmpk ads promote hipseat carrier kt fb

    ReplyDelete
  2. nampak selesa jer baby tidur sini

    ReplyDelete