ZALORA Women’s Muslim Wear for Raya 2016!

ZALORA Women’s Muslim Wear for Raya 2016!

Pejam celik tak sampai sebulan lagi kita bakal sambut Ramadan. Tak sabarkan!! Ramadan bulan yang paling BEST. Meriah setiap malam. Bila tiba Ramadan pasti akan datang Syawal. ” hari raya!!!! ‘ . Bila sebuat pasal hari raya mesti ingat ketupat, rendang, lemang. dan paling kaum wanita ni sibuk sejak awal puasa eh beberapa bulan sebelum puasa kot adalah mencari baju raya.
Kalau perasan di instagram sudah mula promosi baju raya Aidilfitri 2016. sudah mula cuci mata , kira kira budget .  Bila kita mula dari awal, jadi di hujung ramadan tak perlu nak bersesak dengan orang dan budget boleh dilebihkan untuk persiapan raya..
Bila ada anak anak ni, Ainul lebih suka memilih untuk shopping online. Dapat pegang, cium baju tu lagi la best kan tapi nak bershopping dengan anak anak ni sangat la mencabar. Baru pegang nak belek ada budak nak kencing la, nak air la, penat la. 
Jadi solution paling terbaik di zaman canggih serba moden ini adalah
Shopping Online
di mana???
ZALORA !!!!!!!

Rasanya sebut nama semua pun sudah kenal Zalora . Pusat membeli belah online dengan himpunan pelbagai rekaan fesyen di dalam 1 website. jadi tiada lagi alasan untuk tidak bershoping raya. Tidak perlu lagi ” parking tiada ” .. aksi tolak menolak, dan aksi anak anak tarik baju mama.huhu

musim raya makin dekat dan di zalora kita boleh lihat pelbagai rekaan pereka tempatan dengan design baju raya yang sangat cantik, moden dan terkini.Seperti tahun-tahun yang sudah, koleksi-koleksi baju raya online keluaran Jovian, Rizalman, Melinda Looi dan Hatta Dolmat merupakan diantara nama-nama yang paling Ainul ditunggu-tunggu. Bukan sahaja kerana mereka membawakan koleksi pakaian yang berkualiti tinggi, malahan anda juga boleh menjangkakan rekaan pakaian yang cukup unik dan lain daripada yang lain. Berikut merupakan beberapa koleksi women’s Muslim wear for raya hasil sentuhan kreatif pereka-pereka tempatan yang boleh kita temui di pasaran bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi;
Jovian Mandagie

Jahitan yang cukup kemas dengan potongan pakaian yang cukup unik ini tentu
sekali buah tangan daripada Jovian Mandagie khusus kepada para penggemar
setianya.  warna mint yang sangat cantik. Ainul paling teruja nak cuba baju jovian. Setiap tahun rekaan nya sangat cantik. 
Lubna

Sebagai pendatang baru dalam industri fesyen tempatan, pujian yang tepat
haruslah diberikan kepada pereka muda berbakat besar ini dengan koleksi kurung
moden yang cukup menawan!
simple buat elegent. suka sangat pada bahagian tangan dan tali di depan. Terasa ayu gitu. kena grab la juga 1 ni 
Rizalman

Siapa yang tidak kenal dengan Rizalman? Satu nama besar yang tidak perlu
diperkenalkan lagi.  Cantik sangat baju ni. Bila pakai kain macam ni boleh nampak kita yang “terlalu tinggi” nampak lebih tinggi dan kurus. itu syarat wajib dalam pemilihan baju raya kan. 
 Untuk tahun ini Rizalman juga turut mengarahkan sebuah
filem pendek yang turut dibintangi oleh beliau bersama pelakon-pelakon tersohor
yang lain. Wah ! teruja nak tengok kan. last year filem dengan Scha tu
Fizi /
Fiziwoo

Terkenal dengan design yang unik. Tetapi cantik sangat. Cuma untuk yang pakai tudung ni macam tak sesuai design pada bahagian bahu tu kan. Tapi apapun kena cuba dulu. Selalu kita rasa macam tak kena tetapi bila ada orang l;ain yang bertudung pakai “ishhh!! cantik pulak dia pakai ” 
Banyak lagi rekaan baju Raya 2016 yang cantik, moden hanya di Zalora. Yang BEST bila shopping di Zalora juga , kita boleh minta tukar saiz tanpa ada apa apa charge. Best kan.. tapi kena la shopping awal takut nanti saiz yang kita nak habis pulak. gigit jari je la.
Jom shooping Raya 2016 di women’s muslim wear hanya di Zalora 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge