Walk For Humanity Shah Alam 2016

Tuesday, May 17, 2016

Lama sudah event ni baru berkesempatan nak buat entry untuk kenangan. prtama kali Ainul join event walk ni. teringin dah lama tapi tak yakin dengan kemampuan sendiri. lagipun ada anak. cehh! alasan anak pulak kan. padahal diri sendiri yang malas. huhu

Bila geng geng #ireachfit2k16 ajak join event ni beramai ramai rasa teruja pulak.  Bila fikir nak berjalan dengan anak anak rasa macam tak mampu je. jadi husband sahaja yang daftar.

Jam 6 pagi kami sekeluarga bergerak ke masjid besar Shah Alam. Tunaikan solat subuh dan berjalan kaki ke Dataran kemerdekaan Shah Alam. Jam 6.30 pagi tu semakin ramai orang datang join walk for humanity ni. Majlis akan bermula tepat jam 7 pagi.

Berkumpul jumpa kawan kawan dan dapatkan baju . Husband aje yang dapat sebab dia daftar. Ainul konon nya nak duduk kat booth air. tukang bagi air udah lerr. kebetulan Shaklee sponsor event ni. jadi minuman kesihatan performance drink akan diberikan.


2 anak dara bangun awal semangat nak join





Tepat jam 7 pagi, semua peserta dilepaskan. excited pulak bila nampak mereka semua.



Ainul kan asalnya konon nak tengok aje orang walk. sekali bila datang geng ireach yang lain dilot, kak lydzar ajak join sekali jalan. " kita jalan kejap je. nanti kita patah balik "  .. ok lah kan. saja join kejap orang lain

geng mak mak ... ala ala kimora tak? hihihhii




kenapa kimora pulak? sebab pernah tertengok dekat realiti tv kisah dia berjogging bawa stroller. hihhi. 

Arreessa masa ni semangat berlari dengan kawan kawan dia. tak sampai 10 minit nak naik stroller. Maryam terpaksa la beralah. Maryam, Ainul babywearing kan dia.



sambil jalan bersembang.. tengok tengok dah separuh jalan. eh! dah jauh kita berjalan. jom la habiskan. gitue la cite nya. Jadi kami pun meneruskan walk for humanity ni dengan anak sorang di stroller, sorang babywearing. sepanjang 5km. gigih tak? 



Alhamdulillah berjaya habiskan 5km dengan 2 orang anak.  macam macam cerita, kisah suka duka la sepanjang 5km. sorang nak nenen, sorang penat, panas. memang menguji keimanan seorang mak.huhu

Bila sampai ke garisan penamat tu, husband samput dan kalung kan medal yang dia dapat. Ainul tak daftar jadi tak dapat medal.huhu. terharu sangat.



Antara geng #ireachfit2k16 yang join walk for Humanity 2016. lepas ni lebih yakin nak lakukan aktiviti macam ni dengan anak anak. Anak bukan alasan untuk kita tak boleh join. 

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments