Roti Nan Cheese Meleleh Sedap Di Shah Alam

Wednesday, May 25, 2016


Siapa suka roti nan dan lagi sedap ianya adalah roti nan cheese.. pehh! dengar je pun dah berkerongcong perut den..

kebanyakkan restoran mamak ada jual nan cheese ni tapi nak yang sedap kena dengan selera kita tu yang susah kan. Ada yang roti tebal sangat. liat pulak jadinya. keras bila dah sejuk sikit. Oh! yang tu reject awal awal. Ada pulak tu cheese pun tak nampak rupanya. wujud ke idok cheesenya. kata nan cheese.

Hari tu, family Ainul ajak lepak dekat Restoran Tam Nasi Ayam Sek 23 Shah Alam. Restoran yang glemer dengan roti john cheese meleleh tu. Sapai masuk tv3. asal lalu situ nampak orang mak aiii beratur panjang nak beli roti john cheese meleleh. sedap bebenor ke roti john cheese sekilo meleleh ni? uolss p la baca kisah akhak p makan ni ha.

ok berbalik kepada alkisah roti nan cheese meleleh leleh baq hang. Di restoran tam tu kan banyak gerai gerai kecik tepi tu dan salah satunya adalah gerai roti nan ni. macam macam jenis roti la yang ada.

roti nan cheese meleleh .. sedappppp


roti nan cheese ni lembut sangat. dan bila masuk dla mulut pehh terasa cheesenya. cicah pulak dengan kuah kuah nya. kuah dia sedap dan lain dari yang lain. selalu kalau nak sedap makan roti nan kena ada ayam tandorri kan tapi kali ni tak payah ayam tandorri pun dah sedap uolss.

Harga dia agak mahal la sikit. dalam RM6-RM7 macam tu. ke lebih kurang kat kedai lain jugak? al maklum la selalu tukang bayar ni gabenor bank negara akak. masa beli ni je akak p bayar sendiri         (duit gabenor bank negara akak..hihi)


kalau korang ni peminat roti nan cheese tegar, boleh la try roti nan yang ni pulak. sila la pergi awal ye sebab kat sana selalu penuh lagi lagi hujung minggu.

tang mana restoran tam nasi ayam ni? korang waze, goole maps aeon big shah alam. ingat aeon big bukan aeon mall. ramai yang tak tahu tahu benda ni. Aeon Mall yang besar dekat seksyen 13 dekat stadium tu je. Aeon Big ni dulu nya nama carrefour


ok selamat mencuba dan bila dah try jemput komen apa feedback korang pulak...

LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments