Resepi Greenshell Mussel Tomyam

Sunday, May 08, 2016

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Setelah ke event New Zealand Food Connection 2016, Ainul telah memilih untuk join New Zealand Food Connection Blogger Food Bag Challenge . Ainul telah diberikan 1 bag yang terdapat 3 jenis product dari New Zealand.




Kami telah diberikan cabaran untuk memasak 2 masakan dari 3 bahan ini. Jadi Ainul memilih untuk memasak Tomyam Mussel Green atau Kepah Hijau


Tomyam Mussel Green

Tomyam Mussel Green / Kepah Hijau

1 kotak mussel green brand Talleys . Boleh didapati di Jaya Grocer. 1 kotak harga dalam RM38. Dalam 1 kotak ada banyak mussel green. cukup untuk 8 orang makan. Ainul masak untuk mak ayah dan adik adik . 


Bahan Bahan Untuk Tomyam GreenShell Mussel / Tomyam kepah 


Bahan A

Greenshell Mussel . Ainul basuh dengan air lemon dan garam untuk buang bau hanyir. Yang best greenshell mussel  dari new zealand ini adalah ianya sangat fresh dan kurang berbau . Rendam sesekitar dan gosok buang kekotoran di cengkerang 




Bahan B 


Pes tomyam ( Ainul guna brand yang ini sebab sedap)


Bahan C

Bawang Holland - potong 4

Carrot 

Saleri

Tomato 

Daun ketumbar 

Serai 

Daun limau purut


Bahan Lain ( optional )

Cili padi - kalu nak lebih pedas

Lemon atau limau nipis - untuk lebih masam



Cara Memasak Tomyam Mussel Green 


1. Didihkan air ke dalam periuk. Untuk rasa tomyam yang lebih sedap ainul masukkan tulang ayam. Boleh juga masukkan udang, sotong ikut kegemaran masing masing ye


2. Bila air sudah mendidih, masukkan carrot, saleri. sayur yang keras terlebih dahulu. begitu juga bawang holland. 



3.  Jangan terlalu lama sampai sayur layu ye. Selepas masukkan sayur, kita masukkan daun limau purut dan serai. Serai dan daun limau purut akan menaikkan lagi bau tomyam kita dan buat rasa lebih sedap



4. Masukkan pes tomyam. Berapa banyak? ikut kita suka berapa masam dan pedas. 


 5.  Untuk lebih pedas, masukkan cili padi. kemudian masukkan gula, garam dan biarkan tomyam mendidih



6. Akhir sekali kita masukkan kepah atau greenshell mussel kita.  Greenshell mussel cepat masak dan jika terlebih lama ianya akan keras dan liat. Sebab itu kita masukkan ianya di hujung sekali.





Ainul jarang makan greenshell mussel ini dan tak sangka bila dimasak tomyam ianya sangat sedap. isi nya yang besar, padat dan segar. 



Tomyam greenshell mussel yang mudah disediakan dan terima kasih new zealand food connection untuk produk yang sungguh segar ini,  Untuk maklumat lanjut mengenai product new zealand boleh ke www.newzealand.com dan NZ_ Global


Terima kasih dan selamat mencuba

LAGI ARTIKEL MENARIK

4 comments