Parkson Warehouse Klang Parade

Wednesday, May 25, 2016

Musim sales warehouse agaknya kan. Ternampak viral di FB pasal warehouse sales Padini di Ioi Puchong. Bila nampak punya la ramai beratur panjang maka malas la akhak nak menyumbang kepada kesesakkan lalu lintas. Google ternampak Parkson Warehouse Sales dan ada di Klang Parade. ini sudah baguihhh.. dekat je dengan rumah dan Klang parade ni tak ramai orang sangat weekdays. Ok terus ajak husband pergi.

Sampai sana ...eh mana warehouse sales ni? ok diaorang buat di area depan Parkson je. ok lah kan. di 1st level.





Ini jelah hasil tangkapan yang sempat di ambil sebelum kena sound dengan makcik parkson. Dia cakap tak boleh ambil gambar. kena minta kebenaran pengurusan. eh! 1st time pulak akak dengar kena minta kebenaran pengurusan nak ambil gambar . bukan nak shooting filem pun. Niat nak tulis dalam blog, share dengan kawan kawan dan boleh la lebih ramai pergi kan. patut la bila search parkson warehouse takde orang update sangat.


banyak ke baju yang best? jawapannya tak banyak sangat pun. jenuh ke hulu hilir membelek. tak banyak pilihan dan harga pun tak la murah sangat.



ini jelah hasil tangkapan untuk anak anak. dress biru 2 helai dan dress butterfly pun 2 helai. Dekat rak tu tulis 1 helai RM36.90 macam tu. Bila bayar 2 helai RM45. Jadi 4 helai dress ni RM90 + GST .

Kasut pincess anak anak RM25 sepasang. Tak banyak pilihan. warna itu je la yang ado. saiz pun itu je la. nasib ada saiz budak budak ni. baju budak lelaki banyak . tunggu next baby boy la.hihhii


next mission adalah Poney Warehouse. Dulu pernah pergi Poney Warehouse serius murah giler.         T shirt budak budak RM5 je uolss. Poney antara brand kegemaran Ainul.

Poney Warehouse Sales 2016





LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments