Mendaki Bukit Broga

Friday, May 20, 2016

7 May leps, Ainul dengan geng #ireachfit buat aktiviti panjat broga. Kali ini pun kami bawa anak anak juga. Boleh ke nak panjat Bukit Broga dengan anak anak ? Itu la kepakaran kami. siapa sangka anak anak yang berumur 5,6 tahun ni sampai puncak dulu. Kita yang dewasa ni asyik stop semput.

Kenapa Syok Sgt Bwk Anak2 Join Aktiviti #iReachFit ni?
-------------------------------------------------------------------------

kalau kita panjat Broga ni sendiri2 dengan anak2, percayalah diorg tu lagi banyak mengeluh penat, haus or tak larat drpd teruskan perjalanan. ye lah, kebanyakan anak2 kita ni lebih kenal gadget drpd aktiviti fizikal yg sepatutnya.

tapi, bila bawak anak2 kita join aktiviti #iReachFit ni, bukan takat diorg tak penat langsung pun, malah diorg sangat2 enjoy aktiviti sebegini dgn kawan2 yg lebih kurang sebaya. semua budak2 yg join Broga semalam tu terlebih laju sampai organizer kena jerit2 suruh slow down. lagi, ada la kawan2 tolong tgk2kan anak2 kita kat depan tu tatkala kita sendiri semput2 je nak teruskan perjalanan.



maryam mengantuk. pagi pagi mama dah angkut buat aktiviti


Jam 7 pagi semua peserta berkumpul. Bermula dengan bacaan doa dan aktiviti warming up dulu. takut urat terkejut pulak. 





bersemangat nak mendaki bukit broga ni..

anak anak kecil paling bersemangat.  Arreessa je takde.


sesi mendaki Bukit Broga bermula. Mula mula bersemangat... tak sampai suku perjalanan dah semput..adoii!!

Tips yang Ainul dapat dari pengalaman mendaki ni, buat je slow slow tapi jalan stop. bila stop mula la rasa pening, nak muntahhhhh...





merndaki dengan Maryam. Alhamdulillah bila pergi beramai ramai, kawan kawan banyak membantu. tolong pegang, tolong bagi semangat. Maryam pun tak banyak ragam. Happy je dia. siap cakap " mama lariiii " ni nak mendaki nak oiii.. kalau lari lagi semput..huhuhu. separuh jalan Maryam zZzZ





Anak anak yang sihat, cergas. Mereka paling awal sampai puncak. 




Akhirnya sampai juga ke puncak kejayaan. Benarlah cakap orang perjalanan ke puncak jaya memang penat, perit. Ada masa rasa nak give up. nak patah balik. nak berhenti mendaki..

Tapi bila sampai ke puncak, Ya ALLAH manis nya kejayaan . Lupa semua pahit, perit, penat sebelum ini






Pertama kali nak panjat bukit broga. Zaman sekolah pun saya tak pernah panjat bukit apa apa pun.panjat pokok je pernah Perjalanan mendaki bukit broga sungguh menguji fizikal & mental Awal awal mendaki teruja..laju je..tengah perjalanan rasa semput tapi boleh tahan lagi. Sampai 1 tahap saya penat sangatttt.. mual, pening nak muntah. Rasa nak stop dan turun. Saya dah penattttt!! Husband bagi semangat..saya nampak kawan kawan lain boleh kenapa aku tak boleh. Rupanya di saat kita nak give up tu puncak hanya beberapa langkah sahaja di depan. Kalau saya give up tak dapat la menikmati indahnya bukit broga. Begitu juga dalam kehidupan. Kita penat..kita stress..kita give up.. Pandang la orang sekeliling kita yang serupa dengan kita. Fizikal mereka lebih tua, terlalu muda lagi dari kita tapi mental mereka kuat.. Saat kita nak berputus asa..penat..rupanya saat kemanisan kejayaan depan mata sahaja. Terima kasih maryam menemani mama sepanjang perjalanan. Kita naik, jatuh, daki bersama. #arianamaryam #broga #ainulmustafa #love #hiking #babywearing #ireachfit2k16 #ireachfit
A photo posted by Ainul Mustafa (@ainul_mustafa) on


Maryam dah moyok sebab cuaca makin panas. Nak naik lagi tak broga? YES !! pasti nak naik lagi dan cabar diri untuk lebih fit, dan cabar masa untuk naik ke puncak.



LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments