Ikan Patin Tempoyak Asli Pahang Di Istana Bambu

Monday, May 09, 2016

Ikan Patin Masak Tempoyak dengar sahaja nama pasti sudah berbayang kelazatannya dan keaslian masak tempoyak di Pahang. Sekarang kita boleh menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak Asli Pahang ini kini di Ampang iaitu hanya di restoran Istana Bambu, Ampang.

Lokasi restorant ini yang berdekatan dengan hihgway Duke memudahkan ssesiapa sahaja datang termasuk Ainul yang duduk di Shah Alam.

Kedatang kita ke sini akan disambut oleh suasana yang mendamaikan. Suasana kampung dalam bandar. Sesuai dengan nama nya istana Bambu. Mesti la penuh dengan bambu kan



Ainul bukan lah peminat masak tempoyak dan untuk makluman Ainul tak makan durian. Tetapi bila sudah merasa ikan patin masak tempoyak dan pais ikan patin tempoyak , wow!! licin Ainul makan

lauk pauk yang terdapat di Istana Bambu 

Pais tempoyak ikan Patin

Ikan Patin Masak Tempoyak Asli Pahang




Pais tempoyak ikan patin yang sungguh sedap. Cukup rasa pedas dan lemaknya. Lebih sedap bila ianya dibakar. Begitu juga ikan patin Masak Tempoyak. Cukup pekat kuahnya, lemak dan cukup rasa. 

Masakan lain yang sungguh menyelerakan adalah seperti daging salai masak lemak, asam pedas kembung dan pari dan ayam kampung goreng.





Ayam kampung goreng specialnya di sini di masak panas panas. Isi ayanm yang lembut, segar dan ayam kampung kurang lemak.



Di Istana Bambu ini, menyediakan lokasi tempat makan yang selesa, pemandangan yang menarik. Menaikkan lagi mood untuk makan. Suasana sekeliling yang tenang, ada sawah padi, kolam. Memang tenang. Anak anak pun suka dapat bermain.






Istana Bambu meyediakan pakej makan tengah hari dengan harga yang sangat murah iaitu RM17 untuk 1 set




1 set menyediakan pelbagai hidangan nasi, buah, air minuman dan ianya murah dan lengkap untuk makan tengah hari. terdapat 4 SET yang berlainan menu untuk hidangan tengah hari. memang berbaloi

Nak merasai ikan patin tempoyak kini tidak perlu memandu jauh ke Pahang. Ianya kini lebih dekat dengan kita hanya di Ampang dan masakan original yang didatangkan khas dari Pahang. 


Untuk maklumat lanjut dan tempahan:

Istana Bambu Restaurant

Alamat: Lot 841-842 Jalan Ulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor.


(waze: Istana Bambu Restaurant)
(GPS Location : 3.175203,101.758000 (Latitude,Longitude))


No Tel : 03-42514717
03-42524718
012-2497142


Waktu operasi: Isnin-Jumaat (12pm-3pm & 6.00pm-10.30pm)
Sabtu-Ahad (12pm-11.30pm)


Email : info@istanabambu.com
Website : Istana Bambu Restoran











LAGI ARTIKEL MENARIK

4 comments

  1. sedapnya..patin tempoyak..suka sangat tp kalau patin bandar xmakan. nak patin temerloh jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. nabila, ikan patin ni memang dr pahang. tukang masak pun dr pahang.

      Delete
  2. memang sedap kan..rasa nak datang lagi tau hihih suka plak dengan pais...sedap!!!

    ReplyDelete