Fesyen Raya : Pattern Baju Kurung Moden 2016

Fesyen Raya : Pattern Baju Kurung Moden 2016
Antara design baju raya yang glamour sekarang adalah dress, jubah dan bejumkurung moden. Ainul memang suka baju kurung moden sebab boleh nampak kurus. hihi. Syarat wajib semua perempuan dalam memilih baju raya kan..

Industri fesyen Malaysia sekarang pun sudah semakin meriah dengan kemunculan fesyen-fesyen terkini, baik koleksi pakaian moden mahupun koleksi pakaian tradisional. 

Bila sebut pakaian tradisitional yang dimodenkan paling menonjol sekarang adalah pattern baju kurung moden yang cukup trendi dan diberikan sentuhan moden yang cukup unik. 
Pattern baju kurung moden ni  merupakan suatu gabungan genius yang menggunakan idea moden sebagai elemen utama dalam menghasilkan koleksi pakaian tradisional yang masih mengekalkan konsep asal.  walaupun nampaknya kurung moden namun sentimen tradisional masih lagi ada.

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, di ZALORA ada pelbagai pilihan pattern baju kurung moden yang pasti mendapat sambutan.


The classic look of kurung moden. Koleksi kurung moden yang berpotongan lurus dan mengikut bentuk badan ini merupakan rekaan  kurung moden yang evergreen. 
Cantik kalau kita seorang yang kurus dan memiliki bentuk badan yang cantik. Tak salah mencuba kan. Pasti satu kelainan di pagi raya nanti.
Untuk tahun ini, ramai pereka fesyen memfokuskan kepada rekaan bahu bahagian baju kurung. sebenarnya design macam ini sesuai juga untuk wanita bertudung. lebih nampak elegent. 
Begitu juga dengan bahagian lengan yang boleh kita temui dalampelbagai rekaan unik.Trend paling popular bagi tahun ini adalah bell sleeve dan puff sleeve. Pastikan anda berhati hati ketika makan kuah kacang, rendang ye. jangan sampai tercelup lengan baju tau
Begitu juga dengan trend peplum yang masih lagi relevan untuk tahun ini. Peplum sangat manis dan sesuai pakai semasa hamil. selepas bersalin pun masih boleh pakai.

3 thoughts on “Fesyen Raya : Pattern Baju Kurung Moden 2016

  1. Kurung moden memang cantik kalau pakai raya — sbb memang nampak classy. Cuma ye lah, kalau jenis byk sgt ropol, xleh buat pi pejabat. Cari yg simple2 dah cukup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge