Saringan Kesuburan Untuk Pasangan Yang Bercadang Ingin Hamil

Saringan Kesuburan Untuk Pasangan Yang Bercadang Ingin Hamil

Di Malaysia 1 daripada 6 pasangan akan mengalami masalah kesuburan. Ainul sendiri ada masalah kesuburan. Dimana Ainul ada masalah untuk hamil kali kedua. Sebab itu la jarak antara Arreessa dan Maryam 4 tahun. Rabu lepas, Ainul berpeluang ke event ” Kejar Kerjaya, atau Tukar Lampin?” di Fertility Associates Malaysia , Petaling Jaya. banyak ilmu baru mengenai hal kesburan yang Ainul dapat. dan rasanya masih belum terlambat untuk mencuba untuk anak ke tiga pulak kan. hihi

Panel ini melibatkan pakar-pakar kesuburan dari Malaysia dan luar negara dengan Dr. Arasu Muthusamy (Pengarah Perubatan, Fertility Associates Malaysia), Dr. John Peek (Pengurus Besar Kualiti, Maklumat dan Sains, Fertility Associates New Zealand) dan Dr. Mary Birdsall (Pengerusi dan Pakar Kesuburan, Fertility Associates New Zealand). dan tetamu jemputan iaitu Atilia


Kenapa ” Kejar Kerjaya, atau Tukar Lampin?” .

1. Mengejar Kerjaya

Wanita berkahwin lebih lambat dan biasanya mengejar kerjaya untuk mendapatkan jaminan kewangan sebelum mempunyai anak. Ini menyebabkan semakin ramai pasangan menghadapi kesukaran untuk hamil apabila ingin memulakan keluarga.

2. Kurang kesedaran

Kekurangan kesedaran adalah faktor besar yang mempengaruhi pasangan-pasangan Malaysia untuk mendapatkan bantuan. Ramai yang hanya berjumpa doktor kesuburan setelah mencuba untuk hamil selama beberapa tahun.

Saringan Kesuburan disebut sebagai langkah pertama yang penting untuk lelaki dan wanita muda mengambil tindakan yang proaktif dan memahami kesihatan kesuburan mereka sebelum terlambat.

Atilia juga merupakan antara wanita yang sedang mendapat perkhidmatan saringan kesuburan di Fertility Associates

Sepanjang usia dewasa saya, saya tidak bimbang mengenai kesuburan. Status kesuburan seseorang itu bukan sesuatu yang dibincangkan secara terbuka. Kini, setelah saya dan suami mencuba untuk tempoh yang agak lama, saya sedar sudah tiba masanya untuk mendapatkan bantuan. Saya berada di sini pada hari ini untuk meyakinkan lelaki dan wanita di Malaysia bahawa anda boleh memfokus kepada kerjaya anda dan turut mempunyai anak – jika anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya, bermula dengan saringan kesuburan,” ~ Atilia



Apa itu Saringan Kesuburan?


Saringan kesuburan hampir sama dengan saringan kesihatan biasa. Bagi lelaki dan wanita, terdapat beberapa ujian yang boleh memeriksa kesuburan anda untuk membantu anda merancang masa hadapan. 
Ujian-ujian ini membantu menjangka jika seseorang itu mungkin mempunyai jam biologi yang lebih cepat dan akan hilang kesuburannya lebih cepat dari yang dijangka. Ujian-ujian yang disediakan menganggar apa yang dikenali sebagai ‘simpanan ovari’ dengan mengira bilangan folikel telur yang sedang terbentuk pada sesuatu masa. 
Menguji simpanan ovari ini melibatkan satu ujian darah untuk mengesan Hormon Perangsang Folikular, FSH dan estradiol di antara hari ke-2 dan ke-4 kitaran, imbasan ultrabunyi pelvik dan/atau melakukan ujian darah untuk Hormon Anti Mullerian (AMH) yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Bagi lelaki, analisis semen mengkaji jumlah sperma, bentuknya, dan kebolehannya bergerak. Satu ujian sahaja tidak memberikan semua maklumat yang diperlukan, inilah sebabnya Fertility Associates Malaysia menawarkan ujian-ujian ini sebagai sebahagian daripada pakej saringan kesuburan termasuklah khidmat nasihat dari pakar kesuburan.

Faktor Umur

Umur adalah faktor yang paling penting apabila mencuba untuk hamil. Wanita muda tanpa masalah kesuburan mempunyai kira-kira 25% peluang setiap bulan untuk hamil secara semula jadi. Peluang ini jatuh ke 12% pada umur 37 tahun dan ke 4% pada umur 42 tahun. Setiap tahun sangat penting apabila anda memasuki lewat 30an. 
Fertility Associates juga mempunyai sejenis alat pengiraan dalam talian yang dikenali sebagai Biological Clock untuk membantu anda mengira peluang untuk hamil secara semula jadi dan juga dengan rawatan, ini akan memberitahu anda berapa lama anda boleh mencuba secara semula jadi sebelum perlu berjumpa doktor kesuburan.

Testimonial Wanita Yang Mendapatkan Perkhidmatan disini dan berjaya hamil

Pesakit Fatemeh Jalilvand dan Laavanya Gopal Krishna dari Fertility Associates juga berkongsi kisah peribadi mengenai perjalanan mereka untuk hamil . Kisah Mereka yang sangat menyentuh hati. Ainul sendiri mengalami masalah kesuburan jadi faham perasaan itu. Mereka antara wanita yang cekal dan berusaha tanpa henti untuk berjaya hamil. Ada mereka yang merupakan bekas pesakit kanser payudara, ada yang bertahun tahun mencuba tapi tidak berjaya.


“Saya menggalakkan wanita mendapatkan nasihat dan menjalani Saringan Kesuburan sebaik sahaja ingin cuba untuk hamil. Ia mudah dan membantu meningkatkan peluang anda dalam jangka panjang. Jangan tunggu hingga sudah terlewat.” – Fatemeh Jalilvand.


“Mengambil langkah pertama tidak sukar – kakitangan di Fertility Associates benar-benar membantu dalam perjalanan kami.” – Laavanya Gopal Krishna.

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Menjalankan Saringan Kesuburan?

Menurut Dr. Mary Birdsall (Pengerusi dan Pakar Kesuburan, Fertility Associates New Zealand, wanita digalakkan mengambil tindakan ke atas kesuburan mereka sebaik sahaja mereka mencapai usia subur. 

Mula lebih awal dan jalani saringan supaya anda memahami kesuburan anda dan juga pilihan-pilihan yang ada, sama ada memerlukan rawatan kesuburan atau tidak untuk hamil

Fertility Associates Malaysia

Fertility Associates Malaysia ingin mempersiapkan wanita dengan peralatan, pengetahuan, rawatan dan sokongan yang betul untuk melindungi kesuburansambil beliau berusaha meningkatkan kerjayanya. Melalui perbincangan panel ini, Fertility Associates Malaysia berharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kesuburan di kalangan lelaki dan wanita di Malaysia dan menggalakkan mereka untuk mengetahui status kesihatan kesuburan masing-masing sebagai persediaan untuk masa hadapan. 

Fertility Associates Malaysia boleh dihubungi di:

Fertility Associates

106 Jalan Gasing, Seksyen 5,

Petaling Jaya, 46000, Selangor, Malaysia.

T. 1 300 800 400 / 03 7931 9510

E. info@fertilityassociates.com.my

W. http://www.fertilityassociates.com.my

FB. www.facebook.com/fertility.associates.my

One thought on “Saringan Kesuburan Untuk Pasangan Yang Bercadang Ingin Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge