Gindaco Hidangkan Takoyaki Nombor 1 Jepun Di Malaysia

Monday, April 11, 2016


Siapa suka makan Takoyaki? Feveret Ainul tu. Selalu beli 5 ketul pun tak cukup. Istimewa buat peminat takoyaki, kini Gindaco Hidangkan Takoyaki Nombor 1 Jepun Di Malaysia



Lagi BEST dimana takoyaki Snek berbentuk bebola yang dibuat daripada tepung gandum premium berintikan sotong itu kini boleh didapati di AEON Shah Alam, dan akan dikembangkan sehingga 40 cawangan dalam tempoh tiga tahun.

Hotland Co director Ishihara Kazuhiro and Loob Holding managing director Bryan Loo hope to bring the joy of premium takoyakis to Malaysians


Sotong yang digunakan diperoleh daripada lautan di benua Afrika dan setiap takoyaki akan mengandungi lapan gram sotong berkualiti tinggi.

Menurut Pengarah Urusan Loob Holding, Bryan Loo, komitmen mereka untuk menggunakan bahan-bahan yang berkualiti walaupun kos sotong yang digunakan adalah 50 peratus daripada kos bahan-bahan mentah kami. Untuk adunan, mereka menggunakan tepung gandum berkualiti tinggi dan sup stok makanan laut.
 


Gindaco menyediakan empat pilihan takoyaki iaitu rasa Original, Negidako, Cheese Mentaiko dan Teritama. Perisa Original adalah produk utama Gindaco. Ia disiram dengan sos istimewa Gindaco dan ditabur dengan rumpai laut kering dan kepingan bonito. Sementara itu Negidako dihidangkan dengan sos celup tempura dan ditabur dengan lobak putih dan bawang hijau serta rumpai laut kering dan kepingan bonito.

Bagi perisa Cheese Mentaiko, ia ditabur dengan keju mozzarella, pasli kering dan keju parmesan. Bukan itu sahaja kerana ia juga dihidangkan dengan telur ikan kod berempah dalam sos mayo Jepun dan sos soya berkualiti tinggi.

Bagi Teritama, ia disiram dengan sos premium teriyaki serta mayo Jepun dan ditabur dengan salad telur segar, rumpai laut kering dan kepingan bonito serta tujuh rempah terkenal Jepun.
Selain takoyaki, Gindaco juga menghidangkan yakisoba – mi soba Jepun yang digoreng dengan hirisan kubis, hirisan ayam, rumpai laut hijau kering dan kepingan bonito. Semua makanan Gindaco tidak mengandungi daging khinzir.



jadi buat peminat takoyaki jom ke Gindaco di Aeon Mall Shah Alam di Seksyen 13, Shah Alam

LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. nampak sedap!harap kat Aeon rumah saya pun ada nanti..hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum slm semua🤗 Temui Meru Takoyaki Di Lot 81...

    Siapa peminat tegar street food Jepun takoyaki kat sini??angkat tangan sikit🙋🏼🙋🏼ni Kak Rina nak bgtau "Meru Takoyaki" yang viral di Ipoh nak datang Shah Alam nih.

    "Meru takoyaki" ni menggunakan adunan tepung dan sos dibuat sendiri homemade oleh pengasasnya.So mmg dijamin Halal dan tiada sebarang additive.

    Filling nya pula diisi Udang segar bukan frozen ye...Flavoured baby octopus dan Premium Chicken & cheese sausage yg di smoke.Topping pula menggunakan mayonis Japan style,seaweed flakes dan bonito fish flakes.Kesemua bahan2 kami gunakan yg premium.So rasanya mmg lain dari takoyaki di tempat lain.

    "Meru Takoyaki" juga menjaga dari segi kualiti dan kebersihannya.Pekerja2 dilatih untuk memakai cap dan apron,cucuk thypoid dan menghadiri kursus makanan.

    Eh panjang pulak akak bebel ye..Ate...

    Mohla ramai2 ajak kawan2 datang ke event De'Union Food Festival 2K17 di Bulatan Bazarena, Seksyen 13 Shah Alam pada Jumaat-Ahad ,10, 11 & 12 February , 10pagi-10mlm.

    #merutakoyaki
    #DeUnionFoodFestival2K17
    #BulatanBazarena
    #ShahAlam
    #February
    #GilaMakan
    #FoodFestival

    ReplyDelete