Bahaya Diet Atkins Yang Ramai Tahu Tapi nak Buat Jugak

Bahaya Diet Atkins Yang Ramai Tahu Tapi nak Buat Jugak

Bahaya diet atkins ? Viral di FB semalam pasal benda ni. Dah lama Ainul menunggu orang pakar bercakap mengenai hal ini. Ainul dari awal tak suka diet sebegini. Memang kita kurus tapi makin sakit. bukan kurus dengan sihat.

petikan dari facebook  Mastura Yoshioka

Bismillah. [ATKINS DIET]

Sejak kebelakangan ini saya menerima banyak persoalan mengenai diet dan senaman. Alhamdulillah, ini tandanya masyarakat kita semakin peka dengan kesihatan mereka kiki emoticon, dan semakin mengetahui pada siapakah sepatutnya mereka bertanya persoalan tersebut.

Antara soalan yang kerap ditanya adalah tentang ATKINS diet, cara nak kurus kan badan dengan sihat…dan tak kurang juga yang bertanya kepada saya bagaimana nak naikkan berat badan/jadi sado huhuu (saya tak sado pon).

Persoalan pertama: Mastura, boleh ke saya guna ATKINS diet?

– ATKINS diet secara ringkasnya ialah diet yang tinggi protein dan lemak tetapi sangat sedikit karbohidrat/tiada langsung. 

-Boleh ke? Bagi saya, Tidak boleh. Apa-apa sahaja diet yang membuang satu kumpulan makanan adalah tidak seimbang, tidak sihat dan berbahaya.

EHH? KENAPA BAHAYA?

-Awak buang karbohidrat. Ia adalah sumber tenaga utama badan. Suka tak suka, badan kita akan bakar tenaga dari sumber karbohidrat dulu, kemudian baru lemak dan protein. Itu hakikat. Dan sumber2 makanan karbohidrat ini ada vitamin2 dan antioxidant yang penting untuk badan awak!

-Risiko KEROSAKAN BUAH PINGGANG. Setiap kali awak ambil protein dengan sangat2 banyak pada jangka masa yang panjang tanpa keperluan (penyakit tertentu, ahli sukan, etc), awak sebenarnya sedang membebankan buah pinggang dengan kerja berat. Protein atau komposisi asasnya; Amino acid adalah gabungan Amino, functional (-R) and Carboxyl group. Buah pinggang kita bekerja untuk buang Amino group ni terlebih dahulu, baru mende yang sebenar (-R) ni badan boleh ambil. Amino ni ammonia, ia toxic, kalau berlebihan! Saya pernah manage kes kidney failure to due consumption of a protein supplement – satu susu ni, patient tu ambil susu ni saja as diet!!! Allah.

Tahu tak buah pinggang kita ni boleh berfungsi completely normal sampai 30% je tinggal (yang elok)? Dan penyakit buah pinggang ni tiada simptom khas yang boleh dikenalpasti melainkan anda sendiri go on medical checkup. Silent killer!

-Risiko HIGH BLOOD SUGAR. Bila awak cut off carbo, badan under starvation dan akan switch kepada ketosis.

Ketosis adalah keadaan dimana apabila kurangnya carbo, badan akan guna lemak untuk untuk generate glucose sebagai tenaga. Masa ni, glucose dalam darah awak meningkat.

Low levels of ketosis is perfectly normal. Kebiasaannya sewaktu puasa dsb.

TETAPI, level ketosis yang tinggi adalah BERBAHAYA, a state known as ketoacidosis, which can lead to serious illness in a relatively short space of time. Darah anda akan acidic…dan toxic….mula-mula rasa tak bertenaga..then pening…rasa nak muntah, pitam dan banyak lagi masalah akan berlaku!

dan jika anda seorang OBESE, dimana secara diam-diam actually glucose didalam badan anda sebenarnya tinggi/atau impaired. Bayangkan jika impaired + ketosis.. anda juga risiko mengidap DIABETES!

Tapi diorang cakap atkins diet tu boleh turun berat badan cepat? :0 ada sampai seminggu 2-3 kilo!

– Turun berat cepat tu lah yang paling saya dan dietitian2 lain risau. Pengurangan berat badan yang sihat adalah sebanyak 0.5-1 kg seminggu. Lebih dari itu, ianya tidak sihat. Anda hilang air, berat otot badan anda berbanding lemak anda sebenarnya! Rapid initial weight loss is water!, not your fat percentage. Perkara ni hanya terkantoi apabila anda menggunakan menggunakan mesin Body Composition Analysis, sebelum dan selepas. ‘Berat saya turun tapi percentage lemak saya turun sikit je atau, eh tak turun pon! oh! muscle mass saya turun mendadakkkk! sedihnye!” tudiaaaa.

-Pembakaran tenaga utama didalam badan dinamakan sebagai ‘Citric Acid Cycle’. Ia hanya hidupkan dengan membakar karbohidrat terlebih dahulu! Dan lemak, untuk dibakar, mereka juga PERLU MASUK dalam cycle ini! kalau tak lemak tu takboleh dibakar sebagai tenaga! “FATS BURN IN CARBOHYDRATE FLAME”. Itu istilahnya.

-jika carbohydrate drop pada sangat-sangat low atau tiada, ia akan switch pada ketosis diatas, untuk terus pastikan citric acid cycle itu berjalan….tetapi…ianya berisiko tinggi…dan metabolism akan drop dengan sebanyak-banyaknya..

-sebab itu, awak turun berat badan cepat, tapi, once awak kembali kepada pola pemakanan normal/sihat, berat akan cepat naik.

Oleh itu, makanlah secara sihat, kawal porsi setiap kumpulan makanan, amalkan cara hidup yang sihat, dan bersenamlah!

Ok setakat ini sahaja untuk persoalan pertama mengenai diet atkins. InshaAllah jawapan untuk 2 lagi soalan akan saya kongsikan tak lama lagi 

Sumber:
1. Essentials of Exercise Physiology
2. Edinburgh Renal Unit
3. Diabetes.co.uk, The Global Diabetes Community
4. American Heart Association
5. Archive of Internal Medicine Journal.
6. British Dietetic Association
7. Experience handling patient

kisah saya turunkan berat badan 63kg ke 55kg dalam masa 3 bulan 

Cara saya bukan diet atkins. Boleh je makan nasi, ikan daging ayam makanan yang kita suka. Bukan apa kalau demi diet kita control tak makan nasi. dah dapat berat idaman kita pun makan nasi..zass berat naik mendadak. tu yang jadi berat yoyo

lagi 1 , badan kita cepat rosak. Bila tak ambil karbo, badan akan serap nutrien lagi untuk tukar ke tenaga. nutrien lain yang badan perlukan tak cukup pulak. pening dah badan kita nak serap kat mana lagi.

Selain tu, diet yang tak betul buatkan kulit kusam, nampak kurus tapi tua. tak mau la kannnn..

Saya bukan la mana mana coach untuk kuruskan badan. ni berdasarkan pengalaman saya je.

Selepas dapat berat 55kg plan nak turunkan lagi sampai 50kg tapiiiii.. terpregnant pulak

Alhamdulillah sekarang baby no 3 dah 4 bulan. Misi nak turunkan berat tapi tak mau drastik sangat sebab baby menyusu .

Sesiapa yang berminat tu boleh la contact Ainul di 013-3612717. sila whatsapp atau sms je ye. Bukan tak boleh call tapi faham faham la mak anak 3 ni. Ainul pulak beekrja dari rumah. 24jam dengan anak anak. Salah timing korang call banyaklah sound efek. hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *