Hantaran Tak Cukup Sampai Bergaduh Dalam Masjid

Hantaran Tak Cukup Sampai Bergaduh Dalam Masjid
Kecoh 1 malaya pasal kisah bergaduh di masjid gara gara duit hantaran tak cukup. Baca kat suratkhabar katanya pihak perempuan minta RM15k. Lelaki bawa masa akad nikah RM10k je. Tu yang sampai bergaduh.

 

 

Ainul taknak la komen pasal sapa yang betul sapa salah sebab kita pun bukan berada di tempat kejadian. Cuma harap benda ni jadi pengajaran buat kita.

Kalau baca si lelaki gaji RM1500 sahaja. Sempat ke nak kumpul RM15k dalam masa terdekat.

kita sebagai perempuan sebelum letak berapa hantaran tengok la juga back ground bakal suami kita. kalau dia anak Dato , Tan Sri mungkin la boleh la kita minta tinggi tinggi. Kalau family dia pun susah, tidak ke kita beban kan mereka. Duit yang sepatutnya digunakan untuk simpanan masa sakit, emergency tapi habis guna hanya untuk sehari.

Teringat zaman nak kawen dulu. sampai ikat perut. sanggup p outstation sebulan sebab nak duit claim.  Atok Ainul punya syarat pun duit hantaran mesti sekian harga sahaja. Kiranya tahun tu ramai hantaran RM12k, RM15k tapi kami tetapkan bawah RM10k sahaja. walaupun suami graduate master.

Duit kami simpan untuk beli rumah. selepas kawen bulan 7, bulan 9 kami terus beli rumah. Hasil duit simpanan nak kawen. kiranya duit kawen tak guna sepenuhnya pun. majlis pun buat semampu yang boleh. yang penting makan sedap, tetamu happy dan majlis meriah, berjalan lancar.

Nasihat Ainul kepada adik adik yang nak kawen tu.. 1st jangan buat loan. tu pantang besar. Plan bila nak kawen. Katakan setahun lagi. Berapa nak kumpul belanja kawen. tulis dan kira sebulan berapa kena kumpul. Ainul memang 60% duit gaji simpan untuk kawen. campur duit claim outstation lagi. lupakan nak travel, beli handbag baru. Jadi masa kawen kita tak harapkan sangat duit mak ayah, duit hantaran. Kita sendiri bekerja ada simpanan sendiri kan..

Duit hantaran yang pihak lelaki beri, Ainul hadiahkan untuk parents Ainul. Boleh guna untuk adik adik belajar. Ainul anak ke 2 dr 7 orang adik beradik. Banyak lagi tanggungan. hadiah untuk mak ayah yang bersusah payah jaga, didik kita sampai besar.

kepada wanita dalam kisah ini. Semoga tabah dalam menjalani kehidupan seterusnya. Ambil pengajaran dan belajar la dari kisah ini. Begitu juga kita. jangan terlalu nak grand, nak menunjuk pada orang sampai kita lukakan hati orang yang kita sayang.

Kehidupan selepas berkahwin lebih penting. Kita nak hidup dengan dia berpuluh tahun lagi kan..

3 thoughts on “Hantaran Tak Cukup Sampai Bergaduh Dalam Masjid

  1. dgr citer kes tercetus sbb tindakan pihak pengantin lelaki yg agak kurang ajar menjawab pertanyaan pihak penggantin perempuan..apa2 pun bergaduh bkn cara terbaik nk selesaikan masalah..bawa2 la berbincang kn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge