BoBoiBoy The Movie

Monday, March 07, 2016

Sejak dari tahun lepas, kami sekeluarga bersemangat nak tengok BoBoiBoy The Movie ni. Tengok trailer pun dah excited. Arreessa , husband memang peminat setia BoBoiBoy ni. Semua episod la tengok. Boleh hafal skrip lagi. hihihi

3 Mac lepas hari pertama BoBoiBoy The Movie di pawagam. Kebetulan ada event Hot Wheels di Sunway Pyramid hari tu. Jadi lepas event tu terus bawa anak anak ke TGV tengok BoBoiBoy The Movie  !!!!



Wayang start jam 4.15 petang. Sanggup tunggu sejam demi BoBoiBoy The Movie tau. Arreessa kejap kejap tanya bila nak pukul 4 ni mama babah. teruja sungguh dia. 


Review BoBoiBoy The Movie 

1. Jalan Cerita

Jalan cerita yang jelas, tersusun dan menarik. Ada pengajaran dalam cerita. Ini paling penting la kan untuk kanak kanak. Cerita pasal kasih sayang, persahabatan. 

Ainul suka di sebalik cerita aksi ada terselit banyak ' sindiran " untuk kita orang dewasa ni. Kenapa Papazola asyik nak " selfie " je. Korang tengok la sendiri nanti ye. Bagi Ainul penting tu. Nasihat jugak untuk kita. 

Istilah sains juga diselitkan. Menambah minat anak anak pada sains. Sfera kuasa, Lohong Hitam teleportation . Sambil tengok boleh explain pada anak anak.  Tahniah Animonsta atas idea ni. Saya & husband suka sebab mendidik anak suka akan sains secara tak langsung. 

2. Aksi

Aksi yang serius best. dah macam filem hollywood tau. mendebarkan dan mengujakan. Tak berkelip mata tengok. Arreessa menjerit jerit bila aksi berlawan tu. 


3. Sound

Sound memang terbaik la. pemilihan muzik pun best. lagi tengok kat wayangkan. 


Keseluruhan cerita BoBoiBoy The Movie  sangat BEST dan movie wajib tonton di 2016. Sangat sesuai bawa anak anak sekali. 1 family boleh tengok.

5 / 5 Bintang untuk  BoBoiBoy The Movie


Layan The Making Of BoBoiBoy The Movie . Baru tahu siapa buat suara Adu Adu, Probe , Papazola.. hihihi BEST







Jom bawa anak anak tengok. Ada yang nak belanja kami lagi ke? nak layan lagi buat kali ke dua...



LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments