“Save Our Rainforest 2016’ – Pokok Adalah Masa Depan Kita

Thursday, February 18, 2016


Berlumba Untuk Dunia Yang lebih Hijau

“Save Our Rainforest 2016’ – Pokok Adalah Masa Depan Kita



Atas kejayaan dan keberkesanan program Save Our Rainforest Race (SORR) sejak tahun 2013 hingga 2015, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA Malaysia ), sebuah NGO yang memperjuangkan isu-isu berkaitan khazanah alam termasuk usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan Hujan Tropika di Malaysia akan meneruskan kesinambungan program tahunan mereka iaitu Save Our Rainforest 2016 (SORR2016)

Pada kali ini, SORR 2016 akan membawa tema yang berbeza dari tahun-tahun yang lepas iaitu Pokok Adalah Masa Depan Kita. Ia akan diadakan pada 26 Mac 2016 bertempat di Pusat Pelancongan Pendidikan Eco-Edutourism, Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bermula jam 7.30 pagi dan dijangka berakhir 2.30 petang, sebagai simbolik menyelamatkan hutan di negara ini yang semakin berkurangan, peserta-peserta SORR2016 akan berlumba sejauh 16km untuk menanam pokok-pokok hutan di kawasan yang ditetapkan. Sepanjang laluan perlumbaan, peserta-peserta akan melalui beberapa cabaran termasuk menyelesaikan permainan yang menarik dan relevan sesuai dengan visi SORR 2016 pada kali ini. 

Seperti program SORR yang lalu, visi dan objektif SORR 2016 adalah bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan hutan Hujan Tropika di negara ini dan mendidik peserta dan masyarakat untuk turut sama menjaga alam sekitar secara mampan untuk generasi kini dan akan datang. Selain itu, program SORR 2016 ini turut berhasrat mengumpul dana untuk kempen kesedaran dan program pendidikan PEKA pada masa akan datang.


SORR 2016 menyasarkan penanaman sebanyak 4,000 batang pokok hutan yang terdiri dari pelbagai spesis dengan penyertaan sekurang-kurangnya 2000 orang peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta khususnya pelajar-pelajar, syarikat korporat, individu dan sebagainya.

 Setiap peserta yang disertai oleh 2 orang bagi setiap kumpulan akan berpeluang mendekati dan memahami khazanah alam dan cara-cara penanaman pokok yang betul. PEKA Malaysia juga mengalu-alukan pihak korporat dan individu untuk bersama-sama menaja atau membantu dari aspek kewangan atau barangan untuk menjayakan SORR 2016 ini.


Kepada sesiapa yang berminat menyertai SORR2016, mereka boleh mendaftar melalui facebook dan website PEKA yang telah dibuka untuk orangramai mendaftar dengan yuran penyertaan sebanyak RM80.00 seorang (RM160.00 per kumpulan). 

Seperti program SORR sebelum ini, yuran penyertaan ini termasuklah pek perlumbaan (Race kit) yang terdiri dari satu set anak pokok, sarapan pagi, makan tengahari, t-shirt rasmi SORR2016 dan ‘doorgift SORR2016’


Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat dan pendaftaran SORR 2016, orang ramai boleh melayari www.pekamalaysia.org atau mengikuti berkaitan PEKA dan SORR2016 di http:/facebook.com/pekamalaysia atau hubungi Susee (6016 20102014), Arizal Rahman (6011 12249782) atau Izwan (6017 9321899).




ARIZAL RAHMAN
Pegawai Perhubungan Awam & Protokol
PEKA Malaysia
H/P : 6011 12249782
Email : pekasorr2016@gmail.com
atau;

Hasbe Zuraiha
Exco
PEKA Malaysia
H/P : 60176838473

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments