Cuti Raya Cina : Jalan Jalan Ke Bukit Cerakah Shah Alam

Cuti Raya Cina : Jalan Jalan Ke Bukit Cerakah Shah Alam
Cuti lama Chinese New Year ni ramai yang balik kampung kan. Nasib la kawen dengan orang Shah Alam. Balik Kampung Shah Alam je la. 1 seksyen yang sama pulak tu. Dari rumah Ainul ke rumah mertua 3 minit sampai. Tak sempat nak habis 1 lagu pun uolss. Baru intro je. huhuhu.. Parents Ainul balik Perak tapi kami tak balik Perak sebab plan nak balik lepas Chinese New Year . Ni la yang best keje sendiri. cuti boleh suka hati. Tak payah nak pening hadap jam .
Bila cuti lama, mula la panas montot nak kemana pun tak tau. Rumah sendiri kejap ke rumah atok. Nak ke shopping mall malas. Sejak bekerja sendiri kami memang akan ke shopping mall weekdays. nak parking baring pun boleh dik oii..
Hari ni, bawa juga la anak anak ke Taman Botani atau Bukit Cerakah. Sebelah rumah je tapi….. kali terakhir Ainul pergi 5 tahun lepas. Arreessa pun tak lahir lagi. Adoii!! ingat orang paling dekat rajin pergi. hihi
Banyak dah berubah Taman Botani atau Bukit Cerakah sekarang. dah cantik sekarang. eh dulu cantik jugak tapi sekarang dah banyak bangunan baru, makin cantik.
Dah cantik pintu gerbangnya. kagum sebentar setelah 5 tahun tak menjejakkan kaki ke sini walaupun beberapa langkah sahaja dari rumah. hihihi
Harga tiket nak masuk ke sini murah je. Dewasa RM3 , kanak kanak RM1. Kanak kanak sebesar Cik yam 1 tahun FREEE !!!!
Harga tiket ni tak termasuk harga tiket masuk ke Rumah 4 Musim tau. Nak ke Rumah 4 Musim Harga tiket Dewasa RM3, Kanak kanak RM1
PERKARA
KADAR HARGA
(1 Unit @ 1 Hari)
HARI BIASA
H. MINGGU /
KELEPASAN AM
KAUNTER UTAMA DAN KAUNTER TEMPAHAN DAN PENGINAPAN
Tiket masuk dewasa (12 – 54 tahun)
RM 3.00
Tiket masuk kanak-kanak (6 – 11 tahun)
RM 1.00
Tiket masuk warga emas (55 tahun ke atas)
RM 1.00
Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, rumah anak yatim dan Orang Kelainan Upaya
Masuk Percuma
KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM
Musim Lain
Musim Salji
Tiket masuk dewasa (12 tahun dan ke atas)
RM 3.00
RM 5.00
Tiket masuk kanak-kanak (4-11 tahun)
RM 1.00
RM 3.00
Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, Rumah Anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya
Masuk Percuma
PENGINAPAN
Penginapan Kg Idaman
RM 80.00
RM 100.00
BAYARAN TEMPAT LETAK KENDERAAN
Kereta
RM 3.00
Motorsikal
RM 1.00
Bas
RM 5.00
LAIN-LAIN BAYARAN
Dewan Makan Kg Idaman (1 Unit)
RM100.00
Tapak Hari Keluarga (7 lokasi)
RM 100.00
Kolam Renang & Tepian Kolam
RM 500.00
Caj Pengambaran
RM 1,000.00
Dah bayar tiket, korang boleh pilih nak jalan kaki, naik basikal atau naik bas. boleh sewa basikal dekat area situ jugak.
Kadar Bayaran Sewa Basikal Di Taman Botani Shah Alam
Bayaran : RM10 untuk 1jam pertama dan tambahan RM1 untuk jam yang berikutnya
Hubungi : En. Ebby Firdaos : 011 – 3348 1849
Bagi yang nak naik bas, sila beratur ye menunggu bas. Masa beratur tunggu bas ni boleh nampak sikap orang kita. Ada yang bila bas datang terus ke depan tanpa beratur. Kesian orang yang beratur lama menunggu. Please jaga adab. Beratur la kan. Bukan susah pun. Anak anak nampak apa yang kita buat.
Lepas tu, masa naik bas, sila la bersabar. Sanggup tolak orang termasuk kanak kanak semata mata nak naik dulu. Adoiii tak lari eh bas tu.
Dalam bas, pastikan kanak kanak, orang tua yang duduk dulu. Kita yang muda, cergas, sihat, tegap ni boleh berdiri kejap kan..
Bas yang kita naik akan terus berhenti di perhentian Rumah 4 musim.
Ramai betul hari tu orang datang nak tengok salji. Ainul dengan husband malas nak masuk tapi ada budak kecik sorang ni excited nak masuk.  Tujuan jalan jalan ni pun untuk dia jugak kan. kita ikutkan je apa yang dia nak.
Tadi excited nak masukkan.. bila dah masuk nanges pulak. sibuk ajak keluar. sebab sejuk sangat..
 ” macammana kita nak ke korea main salji ni kakak “
Boleh pulak dia jawab ” ala.. nanti kakak pakai baju sejuk tebal. Jadi boleh la tahan “
Dulu zaman Ainul kecil masuk ke rumah 4 musim ni, boleh main salji lagi. sekarang tengok je.  Nak main salji betul kena la ke tempat ada salji kan. InsyaALLAH niat nak bawa anak anak main snow hujung tahun ni…

 

Berdekatan dengan pintu masuk tadi, kita boleh bawa anak anak tengok sawah padi. kat kampung bukan semua ada sawah padi. memandangkan hari panas terik,anak anak pun penat, maka tengok sawah padi dari jauh je la
Banyak lagi tempat yang kami tak sempat pergi. InsyaALLAH akan ke sana lagi. kali ni kena pergi weekdays.
Sila la berkunjung ke Taman Botani Shah Alam ni. bawa anak anak menikmati keindahan alam sekitar.  Anak gembira, kita ibu bapa pun senang hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge