Roti John Cheese Sekilo Di Shah Alam

Monday, January 18, 2016


Viral punya pasal kan. Nasib baik la dekat area Shah Alam jadi gigih la pergi.  Dah lama nak pergi tapi ada je halangan. Dekat pun bukan senang nak pergi jugak tau. Semalam kebetulan lalu terus ajak pekena roti john cheese sekilo yang heboh sangat ni. Sedap bebenor ke?

Roti John Cheese Sekilo ni terletak di Restoran Tam Nasi Ayam Seksyen 23 Shah Alam. Korang cari Aeon Big Seksyen 23 atau Uptown Shah Alam. dah dekat la tu. Kalau Aeon Big tu lagi la dekat. Tepi Aeon Big je restoran tu.

Di Tam Nasi Ayam ni ada jual nasi ayam dan di sekeliling restoran dia ada banyak gerai kecil yang jual macam macam makanan. pilih je mana satu yang nak. Bagus jugak style macam ni. Kalau husband nak makan nasi, kita nak makan benda yang simple pergi je kat sini. senang. Husband dapat makan nasi, kita dapat makan 






Husband order Nasi Ayam Bakar.  Husband cakap rasanya ok je la. Ainul tak rasa jadi tak tau la tahap kesedapannya ye


Arreessa order ayam goreng rangup. Harga RM7 . Yang ni boleh order dekat gerai kecil dekat situ. order dan beritahu no meja. mereka akan hantar pada kita



Sedap jugak la ayam ni. rangup dan pedas. 


Ainul pastinya memilih roti john cheese sekilo. Ada 2 pilihan sama ada nak yang besar atau kecil. Yang besar harga RM15 macam tu dan yang kecil RM8.50. Ainul pilih kecil sebab sorang je nak makan. itu pun jenuh nak habiskan...





Apa review saya pasal roti john cheese sekilo ni?

pertama sekali saya mencari cheese, dimana cheese? kalau ikut gambar di facebook cheese nya sampai bila tarik nampak macam pizza hut. tapi kena takde pun dalam roti john saya? mana sekilo cheese tu? salah pilih ke? rasanya dah betul dah. huhuhuuu


Rasa? Sedap la jugak. cuma bila makan makin lama makin muak. last last jenuh nak habis kan. nasib baik ambil separuh je. suruh husband habis kan sama. huhuhuu


dari segi sos, mayonis banyak. sayur pun banyak.itu saya suka. 


Gambar saya roti john cheese sekilo ni penuh dengan cheese la. rupanya idok ler begitu. saya selak selak la roti tu tak nampak sangat pun cheese. 

overall, oklah untuk dimakan sekali sekala. maybe cheese tak boleh terlalu banyak sebab lagi la muak kan..




ini hanya pendapat saya sebagai seorang customer. Bukan komen ini untuk menjatuhkan business orang lain. Di harap setiap komen diambil secara positif dan roti john cheese sekilo akan lebih maju jaya.  selera kita pun lain lain kan..



pada yang belum pernah merasa roti john cheese sekilo boleh la cuba dan rasainya sendiri.

Restaurant Tam Nasi Ayam

jalan pelabur B 23/B,, Seksyen 23,, Shah Alam, 40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia













LAGI ARTIKEL MENARIK

7 comments

  1. Replies
    1. pergi la cuba. kena p awal la selalu penuh kedai tu

      Delete
  2. Mahal juga ye harganya. Terima kasih atas review yang sangat jujur ini. Sangat membantu ^^, tqvm.

    ReplyDelete
  3. Hmmm... rasa diorang tipu customer kata cheese sekilo.. mana dpt nak jual roti john cheese sekilo rm15 kalau betul2 pakai cheese sekilo atleast harga rm60-70 satu roti tu sebab cheese mahal. Malaysia xproduce cheese. Kita import.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu. tu pun dah muak..kalau betul sekilo tak tau la. nama je kot kasi gempak.hihi

      Delete