Resepi Ayam Masak Merah

Wednesday, January 06, 2016

Selamat Tahun 2016 semua. sudah hari ke 5 kita di 2016. Sekarang ni semua sibuk update pasal anak sekolah masuk darjah 1 kan. Arreessa belum start sekolah lagi. Jumaat ni baru mula. Adoi!! mengamuk dia nampak orang lain p school. Tak sabar nak jumpa kawan kawan.

Bila anak tak sekolah ni mula la merajinkan diri ke dapur. Perut anak dan suami kena la isi bagi penuh dengan kasih sayang. Air tangan mak la katakan. hihi

Ayam masak Merah ni memang salah 1 feveret Ainul. Kalau p makan kenduri ada ayam masak merah mesti pulun sakan makan. Cara , resepi nak masak ayam masak merah ni pun ada macam macam teknik. Ikut citarasa masing masing la kan.

Resepi kali ni Ainul guna susu pekat. susu cair takde jadi saja try guna susu pekat pulak.Husband dan anak anak suka. rasa manis lemak gitew






Resepi Ayam Masak Merah

Resepi oleh : AinulMustafa


Ayam potong kecil 
Serbuk kunyit

Bahan dikisar
Cili kering ( rebus dulu)
Belacan ( agak agak la nak besar mana ye)
3 ulas Bawang merah

Bahan lain
susu pekat
sos cili
1 ulas Bawang besar potong bulat
kayu manis, bunga lawang,
Minyak Masak
Gula
Garam


Cara menyediakan Ayam Masak Merah




step 1


Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng ayam separuh masak


step 2


Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang dan cili kering yang dikisar bersama belacan. 


step 3


goreng sampai cili pecah minyak. macammana nak tahu pecah minyak? nampak minyak naik atas permukaan cili tu. 


step 4

Bila dah garing,pecah minyak masukkan susu pekat, gula garam. Gula kurangkan sikit sebab susu pekat dah manis. Adjust la tahap manis masin yang korang suka ye. 


step 5


Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Masak sampai ayam masak.


Siap ayam masak merah. Sedap dimakan bersama nasi putih panas panas. Husband, Arreessa suka. Yang pasti habis licin semangkuk ayam masak merah. 












LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments