Cara Masak Sotong Goreng Tepung Senang Senang & Rangup

Cara Masak Sotong Goreng Tepung Senang Senang & Rangup
Siapa kat sini suka sotong goreng tepung? Sila angkat kening. hihii. Rasa nya sotong goreng tepung ni feberet semua orang kot kan. Kalau ke terengganu tu menu wajib yang mesti makan.  Kalau kat KL ni susah nak dapat yang rangup sedap . selalu dapat sotong goreng tepung yang macam cucur. sotong nyer kecil tepung je banyak. mahal pulak tu. tak berbaloi. baik buat sendiri kan. 
Bila nak buat sendiri pun kena la tahu tekniknya. Banyak kali buat ada yang menjadi ada yang tak. hari tu ada ternampak viral di facebook resepi sotong goreng tepung. tapi nak kena ada tepung jagung, tepung itu ini. adoiiii banyak la pulak tepung kena ada. nak beli bukan boleh sikit sikit. nak guna sesudu dua je. kalau jenis rajin memasak, hari hari guna tepung tu takpe la jugak kan. 
Paling senang guna tepung yang sudah siap. Banyak pilihan yang mana satu yang best dan menjadi? pernah guna yang cap A . menjadi la jugak tapi tak sebest yang ini

hasil sotong goreng tepung. Serius sedap dan pedas ( jgn muntah ijo puji diri sendiri ye) . sedap sampai licin kami 4 beranak makan
Cara Ainul seharusnya paling senang sekali nak buat . tak payah banyak bahan kan..
Ainul guna tepung goreng cap seri aji. ambil yang berempah sebab nak pedas. memang pedas pun kau. tapi syiok makan.
Ainul tak celup telur pun. Sotong lepas basuh keringkan betul betul. guling guling atas tepung dan goreng.. TIPS lain yang wajib kena patuh adalah masa goreng jangan letak banyak banyak sotong tu. letak sikit sikit. sebab bila letak banyak sekali, air sotong still akan keluar walaupun dah keringkan. kalau banyak nanti banyak la airnya. nanti sotong jadi lembik tak rangup.
setengah kilo sotong pun tak cukup. kena beli sekilo agaknya… hantu sotong goreng tepung la katakan….
selamat mencuba

8 thoughts on “Cara Masak Sotong Goreng Tepung Senang Senang & Rangup

  1. Uishhh..dekat kedai seafood .tau order je kan.
    haaa ni dah de resepi ,kena lah belajar buat.hahaha.

    ain singgah dan follow awak dekat sini 🙂
    salam perkenalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge