Shawl Favourite

Shawl Favourite

Korang ada tak shawl, baju, kasut favourite. 100 kali pakai pun tetap suka. Bukan pasal dia mahal. Benda murah pun tetapi yang tu rasa paling cantik, kena dengan kita dan selesa. Lantak la orang nak cakap apa walaupun nampak 1000 kali shawl, baju, kasut yang sama je kat fb atau IG. ada aku kisah .

Dalam banyak banyak brand ada beberapa brand yang Ainul suka. antaranya

1. Sugarscarf

Sugarscarf terkenal dengan shawl Madison. Ainul beli antara keluaran terawal madison ni. Sangat selesa dan kualiti yang baik.  Ainul suka koleksi shawl sugarscarf yang simple, corak warna yang menarik. Bila ke butik dia pun layanan bagus. Staf kt sana pun akan bantu kita pilih shawl mana yang sesuai dengan baju. Setiap kali nak raya brand ni Ainul wajib pergi.

Velria by Nadia Nawawi. Nadia ni officemate Ainul masa bekerja dulu. Shawl dia banyak satin. Ainul tak suka pakai satin. rasa macam pelik je bila pakai kan.  Bila beli dan try memang best Velria ni. Tak nipis dan tak tebal sangat.  Korang boleh la singgah IG Velria ye sebab banyak koleksi baru
Ainul suka sebab corak menarik dan ianya labuh. Takde la labuh macam ustazah tetapi tak le pendek sangat sampai tak boleh tutup dada.  just nice. Ainul suka shawl bercorak sebab baju banyak plain.
Shawl ni pakai masa pembukaan butik Nelyz Couture di The Strand Damansara. Berjumpa Heliza Helmi yang comel dan minat bebenor dekat Arreessa & Maryam
 dapatkan shawl ini di IG einstyle.co 
Ada beberapa jenis shawl beli di butik dia tapi yang ini menjadi pujaan. Agak nipis jadi perlukan inner atau teknik tertentu untuk elak dari nampak tengkuk. Ainul jenis tak suka pakai inner. So kena adjust itu ini la sikit bagi tak nipis.
Shawl paling Ainul suka. Tahun lepas beli dan sampai sekarang masih suka. Dah takde dah style gini di dtrea.kl. kalau tahu beli 10 hari tu. hihihii.. Ada beberapa brand yang tiru idea ni tetapi ainul tetap suka dtrea.kl ni. Kain pun best. Hari tu kakak Ainul pinjam masuk Wanita Hari ini TV3 pun suka.

 

Banyak lagi brand lain tapi ini yang paling Ainul suka la ye. dan banyak lagi brand lain yang belum pernah beli dan cuba. InsyaALLAH nanti Ainul beli , Ainul share dengan korang ye.
Ada yang nak sponsor shawl bagi Ainul review tak? hihihii
Korang kalau ada brand shawl yang best best bagitau la ye. Boleh p cucimata 🙂

2 thoughts on “Shawl Favourite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge