Nak Masuk Darjah 1 WAJIB Tahu membaca ke?

Wednesday, December 02, 2015


Baru baru ni ada terbaca di facebook , ramai yang viralkan pasal darjah 1 nanti anak anak dah wajib boleh membaca. Adoi zaman makin berubah. Zaman kita dulu darjah 1 baru nak kenal ABC, 123.. Bila borak dengan kawan kawan yang anak diaorang masuk darjah 1 tahun depan, nak masuk darjah 1 pun dah ada exam tau. Baru nak masuk tau. exam untuk tentukan kelas mana. Jadi mana yang boleh membaca, mengira kelas 1st. Yang tak pandai kelas belakang. huhuhuu.. kesian anak anak kita. 

Masuk tahun depan Arreessa dah 6 tahun. Kejap je masa berlalu kan. Alhamdulillah nampak banyak pencapaian dia bila belajar di Little Caliph.  membaca. mengira sikit sikit boleh la. Ainul tak pernah push dia untuk kena lancar membaca, mengira. Bagi Ainul dia masih kanak kanak yang kena sibuk bermain. bukan tertekan dengan akademik. Baru 5 tahun kot. 

Dia belajar dari bermain. Itu pendapat Ainul la. Bukan bermakna darjah 1 nanti anak kita tak pandai membaca dia tak pandai. Mungkin dia ambil masa. Progress anak anak berbeza kan. 

lagi terkejut bila ada terdengar parents hantar anak 6 tahun pergi tuition untuk belajar membaca. 6 tahun pergi kelas tambahan? kita masa darjah 6 pun ada yang malas nak p tuition. 

Adakah sistem pembelajaran ni terlalu kejam pada anak anak kecil. atau zaman sekarang anak anak makin bijak, advance maka sistem pembelajaran kian berubah sehingga menekan. Itu belum masuk bab anak skor berapa A dalam UPSR, PT3 & SPM. Gaduh pulak anak tak dapat no 1, tak dapat banyak A. 


Suka atau tidak itu realiti yang kita terpaksa hadapi. As parents kita kena bantu anak anak kita. Bukan bantu stress kan dia lagi. Tak pandai membaca marah, tak lulus ujian kemasukan sekolah integrasi marah anak lagi..


Kalau satu kan anak anak yang tahu membaca dengan anak yang belum lancar membaca kan bagus. Boleh saling membantu. Atau akan menyusahkan cikgu nak mengajar? takut yang belum lancar akan ketinggalan. maybe dia kurang lancar membaca tetapi hebat mengira. 


2017 Arreessa akan ke darjah 1. Adakah sistem pembelajaran makin susah . Harap ada pihak yang membantu melihat semula sistem ini. Biarkan la anak anak darjah 1 pergi sekolah bermain, mengenal erti kawan, adab dengan cikgu . itu sudah cukup. Tak perlu la tekan kan peperiksaan, kena dapat A, kena tahu membaca duduk kelas no 1, tak tahu baca kelas hujung. 














LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments