Kedai Makan Murah Sedap Di Shah Alam

Tuesday, December 15, 2015


Zaman sekarang di Shah Alam, nasi goreng biasa pun sudah RM6.50. Bukan semua kedai la tetapi majoriti nya RM5 ke atas. Masak di rumah tu betul. kadang kadang kekangan masa atau sekali sekala nak bawa anak anak makan di luar kan. 

Semalam Ainul ke 1 restaurant di Seksyen 7 Shah Alam. Hasil cadangan seorang sahabat di group Shah Alam Resident. Teruja la jugak nak mencuba. Lagi lagi bila gaji bekerja dari rumah ni  dah masuk.  Moh la kita celebrate 




Maafkan gambar blur yang husband ambil. Guna handphone je. 

Restaurant ni terletak di belakang Hospital Shah Alam. Korang tau kan Petronas Seksyen 7 dekat Jakel tu, yang ada A&W tu. Korang ambil je lorong paling belakang. Lalu belakang Petronas . Lebih tepat deret kedai ni sebelah dengan Fabulous Mom Shah Alam



Suasana restaurant yang simple tetapi selesa dan nice. 






Menarik di restaurant Mawar ini adalah harga yang MURAH... Nasi goreng kampung RM4, Nasi Goreng Paprik RM4.50. mana nak dapat area Shah Alam ni. 


Gambar makanan tak sempat nak ambil. Faham faham la bila anak anak mula laparkan. Nak pegang handphone pun kelam kabut. 


Apapun korang patut cuba. Husband makan Nasi Goreng Biasa, Arreessa Nasi Goreng Kampung & Ainul makan Kuew teow  Hongkong

Rasa yang tidak mengecewakan. Macam  Kuew teow  Hongkong penuh dengan sotong, ayam , udang. Puas hati makan.



Restaurant di Shah Alam yang korang patut cuba pergi dan makan bersama keluarga. 




Nama restoran: Restoran Mawar


Lokasi: lorong belakang Petronas sek7 A&W (area jakel), kedai sebelah Big Brother


Specialty: Tomyam, Nasi Goreng Thai (rm4.50), Sup Perut, Kerabu sotong (rm4)


Operating hours: tak pasti mula pukul berapa, tapi tutup pukul 11.30pm












LAGI ARTIKEL MENARIK

5 comments

  1. try restoran mirasaa seksyen 9 shah alam..sedap jugak goreng² dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai area2 depan plaza masalam..lot2 kedai sebaris dengan KFC..dulu kfc tu mcd skang tukar kfc..sbelah secret recipe seksyen 9

      Delete
  2. kdai mmg sdap tp syg hari ni cekodok tak ada huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. saya baru pergi tadi,, tapi harga dah naik seringgit smua menu.

    ReplyDelete