10 TIPS MENGHILANGKAN BENGKAK SUSU

10 TIPS MENGHILANGKAN BENGKAK SUSU

Bengkak susu sangat la menyakitkan. Ada masa bengkak sampai tak boleh bangun tau. Bengkak susu juga perlu dikeluarkan susu secepat mungkin. Bukan sahaja sakit tetapi bila tidak dikeluarkan dengan betul dan habis ianya boleh menjadi nanah dan kebarangkalian perlu dilakukan pembedahan untuk keluarkan nanah

Bengkak susu adalah signal yang diberi badan apabila susu tidak dikeluarkan sepenuhnya dari breast, atau pengeluaran susu itu tidak efektif. Apabila payudara tidak dikosongkan dengan baik mengikut waktu yang sesuai, saluran susu akan mula tersumbat. Bengkak susu yang tidak dirawat boleh menyebabkan radang payudara dan nanah.

10 TIPS MENGHILANGKAN BENGKAK SUSU:

1. Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian breast dengan sedikit pressure di bahagian ketulan (jika ada).

2. Isi air panas dlm botol storage susu. Golek-golekkan di bahagian ketulan sambil urutan pada breast. (Hot compress)

3. Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah tampuk hitam (areola) di seluruh breast.

4. Susukan bayi sekerap mungkin. Golekkan botol air panas tadi pada kawasan bengkak/ketulan sepanjang penyusuan. Selang selikan dengan urutan pada breast.

5. Jika bayi sudah kenyang atau sudah tidak mahu menyusu, pam sekerap mungkin sehingga ketulan/bengkak surut. Golekkan botol air panas tadi sepanjang mengepam. Selang selikan dengan urutan pada breast.

6. Elakkan ais buat masa ini, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas 300-350ml setiap 1 jam.

7. Saluran susu yang membengkak / berketul, akan menghalang aliran susu keluar dengan laju. Sebab itu aliran susu menjadi perlahan apabila menggunakan breastpump. Kuantiti perahan juga menjadi sedikit disebabkan bengkak susu.

8. Hot compress/massage membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.

9. Jika kelihatan merah-merah pada kulit di bahagian payudara yang bengkak atau ketulan susu, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Gunakan cold compress (tuam dengan tuala sejuk/ botol storage berisi air sejuk (iced water)) selama 10-15 minit dulu sebelum hot compress untuk menghilangkan radang.

10. Jika anda mengalami radang payudara, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.

Penyelesaian bengkak susu saya pada waktu ini adalah step 1-8. Tetapi yang terakhir yang terus menghilangkan ketulan itu adalah hisapan bayi saya sendiri kerana hanya bayi mempunyai kuasa sedutan yang sesuai untuk melancarkan semula aliran susu. Jadi, jika anda bersama bayi anda, kerapkan direct feeding untuk mengelakkan masalah seperti ini.

Jika tiada bayi bersama atau EP mom, amalkan urutan payudara setiap kali sebelum dan selepas memerah untuk mengelakkan bengkak susu.

Saya doakan penyusuan anda dipermudahkan Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge