Festival Of Flavours by Knorr

Festival Of Flavours by Knorr
Sebut je ” Knorr” mesti semua dah tahu kan. Paling glemer kiub ayam untuk buat sup. Sabtu lepas, Ainul berpeluang menghadiri majlis Festival Of Flavours by Knorr di Giant Batu Caves sempena kempen Knorr World Food Day berkerjasama dengan Stop Hunger Now Malaysia 

Setiap kupon berharga RM10 yang dijual akan dijanakan kepada satu hidangan penuh khasiat buat mereka yang memerlukan makanan (yang sentiasa hidup dalam kelaparan). Setiap kupon yang kita beli RM10 itu sebenarnya adalah bersamaan dengan 10 hidangan berkhasiat yang akan kita sumbangkan kepada rakyat Malaysia yang kekurangan makanan berkhasiat.

Sempena kempen ini, apron MaterChef akan diberikan percuma dengan setiap pembelian produk Knorr bernilai RM10 ke atas. Boleh feeling masuk Masterchef kann
Korang juga berpeluang berjumpa Puan Jasbir Kaur peserta MasterChef Asia . Beliau sangat peramah dan banyak memberi tip masakan
Anda juga berpeluang menyaksikan sendiri Chef Yang dan Puan Jasbir memasak secara live. Lepas masak boleh rasa terus masakan mereka.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ‘Penampilan Khas’ peserta MasterChef Asia yang mewakili Malaysia di lokasi-lokasi berikut (12pm-1.30pm dan 2.30pm-4pm):
14 November 2015, Sabtu – Tesco IOI City Mall
15 November 2015, Ahad – Tesco Mutiara Damansara
21 November 2015, Sabtu – Giant Batu Caves
22 November 2015, Ahad – Giant Stadium
29 November 2015, Ahad – Mydin Semenyih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge