Tips Berjaya Menyusukan Anak Secara Exclusive

Thursday, October 15, 2015

Alhamdulillah berjaya menyusukan Maryam 1 tahun 3 bulan hanya dengan susu ibu. Maryam membesar dengan sihat, bijak dan jarang sakit. Itu kelebihan susu ibu kan. Penuh dengan khasiat, nutrisi yang lengkap untuk anak kita. 


2 orang anak saya yang membesar dengan susu ibu. Mereka berdua complete exclusive susu ibu dalam masa 6 bulan dan Arreessa minum susu ibu sehingga 2 tahun.

Apa itu penyusuan susu ibu secara eksklusif ?


Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberi susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur 6 bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Kebaikan Susu Ibu


Untuk bayi:
  1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
  2. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  3. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  4. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
  5. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  6. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  7. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  8. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  9. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  10. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  11. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:

  1. membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  2. membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. Breastfeeding boleh membakar kalori sehingga 600kalori tau 
  3. mengurangkan risiko kanser payudara 
  4. menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Bagaimana hendak Menyusu Secara Exclusive kalau Bekerja?

Sebenarnya tiada masalah besar untuk kita berjaya menyusu secara exclusive walaupun kita bekerja. Saya sendiri bekerja semasa menyusukan Arreessa. Bekerja terutama di tapak projek bukan halangan untuk pump susu dan sediakan ebm untuk anak kita. 

Kita ada pilihan untuk mendapatkan pump susu yang terbaik, tempat simpanan ebm yang baik. Yang penting kita sebagai ibu kena ada ILMU, SEMANGAT yang tinggi untuk berjaya menyusukan anak


Antara Tips untuk Berjaya Menyusukan Anak Secara Exclusive berdasarkan pengalaman saya

1. Niat

Di awal kehamilan, pasang niat untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Beritahu suami dan sama sama berdoa agar dipermudahkan niat kita itu


2. Ilmu

Cari, gali ilmu mengenai penyusuan susu ibu sebanyak mungkin. Baca blog, buku dan boleh juga join group penyusuan di facebook. Selalu bertanya kepada mereka yang sudah ada pengalaman. Bila kita dapat sesuatu ilmu berkongsi la dengan suami supaya dia pun faham dan bersama sama menyokong susu ibu

contoh group penyusuan di FB : PumpOnTheGo Breastfeeding Community



Jika anda seorang ibu bekerja, pastikan buat sedikit pelaburan untuk membeli pump susu yang terbaik, tempat penyimpan. Pump susu yang baik akan membantu memudahkan kerja kita untuk pump susu di pejabat. 



Untuk mendapatkan sokongan suami kita kena sentiasa berkongsi ilmu, pengalaman kita dalam menyusukan anak. Sama sama dengan suami membeli peralatan penyusuan, pergi bersama ke bengkel penyusuan. 


Penyusuan susu ibu merupakan saat paling manis buat ibu tau. Saat saat bersama anak. anak dalam dakapan kita. Sebab itu susu ibu dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. 




anak anak manja mak



















LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments