Jerebu Bahayakan Bayi Dalam Kandungan

Thursday, October 22, 2015

Jerebu semalam di kawasan Shah Alam mencatatkan bacaan 200 lebih.Sudah tahap bahaya. Jerebu sebenarnya sangat bahaya tau terutama pada bayi, kanak kanak dan ibu hamil.

Betul ke jerebu menjejaskan ibu dan bayi dalam kandungan?


Jerebu boleh memudaratkan kualiti udara sekeliling. Banyak kajian yang dilakukan di negara-negara lain telah menunjukkan bahawa pencemaran udara boleh membahayakan bayi dalam kandungan dalam beberapa cara:

  1. Bahan cemar dalam udara yang disedut oleh si ibu boleh masuk ke dalam rahim melalui tali pusat.
  2. Pendedahan kepada pencemaran udara sebelum dilahirkan dikaitkan dengan IQ rendah pada kanak-kanak.
  3. Pendedahan kepada jerebu sebelum kelahiran dikaitkan dengan berat badan bayi yang rendah, kelahiran pramatang, kematian bayi dalam kandungan dan kematian selepas dilahirkan.
  4. Ibu-ibu yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap ozon dan karbon monoksida yang tinggi adalah tiga kali ganda lebih cenderung melahirkan bayi dengan sumbing bibir dan lelangit dan kecacatan injap jantung. Risiko yang paling besar berlaku semasa bulan kedua kehamilan, apabila fetus sedang membentuk struktur muka dan organ-organ. 


Bagaimana mahu meminimakan pendedahan kepada jerebu?


Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan satu senarai langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku "kecemasan jerebu" (apabila Indeks Pencemaran Udara melebihi 500).

  1. Jangan keluar rumah seberapa yang boleh.
  2. Di rumah pastikan semua pintu dan tingkap ditutup;
  3. buka penghawa dingin (jangan buka kipas kalau boleh) dan jika anda mampu, pasanglah penghawa dingin dengan penapis HEPA (penapis partikel halus berefisiensi tinggi); 
  4. mop basah rumah dan kawasan dalaman rumah anda (menyapu dengan penyapu biasa TIDAK digalakkan); 
  5. gunakan dapur elektrik, ketuhar atau ketuhar gelombang mikro untuk memasak (menggunakan dapur kayu, gas atau arang untuk memasak di dalam rumah TIDAK digalakkan). 

Jika anda perlu berada di luar rumah, gunakanlah topeng N95.Topeng N95 mampu menapis 95 peratus daripada partikel habuk bersaiz lebih daripada 0.3 mikron.


Tips lain untuk ibu hamil ketika menghadapi jerebu


Jauhkan diri daripada rokok

Jika anda sendiri seorang perokok, berhentilah dengan segera.

Minum banyak air

Kementerian Kesihatan menyarankan anda minum dua liter air sehari apabila keadaan jerebu teruk.

Cuci tangan dan muka

Bersihkan tangan dan muka daripada habuk sebaik sahaja anda masuk ke dalam rumah. Pastikan ahli keluarga yang lain juga melakukannya.

Pastikan anda kekal cergas

Masih ada pelbagai aktiviti dalam yang boleh anda lakukan seperti Pilates atau aerobik berimpak rendah.

Pastikan anda amalkan diet yang berkhasiat dan seimbang.

Cuci atau kupas buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, adalah baik, buat masa ini, jika anda menjauhi pasar basah atau pasar tani dan sebaliknya manfaatkanlah kemudahan membeli-belah secara tertutup di pasar raya yang berhampiran.


Antara vitamin yang ibu hamil boleh ambil untuk meningkatkan daya imunisasi badan terutama ketika jerebu adalah




Jika anda mahu sentiasa kekal sihat bukan sahaja ibu malah bayi dalam kandungan sihat boleh mencuba set jerebu ini yang sesuai untuk seisi keluarga. Sila hubungi Ainul di 013-3612717 atau email ke ainulfadzilah@gmail.com














LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments