Festival Sastera Kanak Kanak 2015

Friday, October 30, 2015

Semalam Ainul dengan anak anak berpeluang menemani mak mertua Ainul merasmikan Festival Sastera Kanak Kanak di Dataran Underground Dataran Merdeka. 1st time baru tahu ada dataran underground. Ianya terletak betul betul di parking bawah Dataran Merdeka. 


Pemenang untuk penulis buku, perjuang sastera kanak kanak.Tahniah diucapkan. Bukan senang nak menulis buku untuk kanak kanak. Kena menjiwai apa yang kanak kanak suka. Gambar yang menarik. Usaha yang bagus supaya lebih ramai penulis buku kanak kanak dan membantu minat anak anak suka membaca

Di Festival ini juga ada pelbagai aktiviti yang menarik. Antaranya penjualan buku. Yang BEST buka sangat MURAH... Bukan buku kanak kanak je tau. Buku orang dewasa pun ada. Di booth MPH contohnya ada discount 50% untuk yang ada member card MPH. yang takde membercard pun still dapat discount. Buku Arreessa harga biasa RM19.90 jadi RM9.90 je. Murah kan.. 




Aktiviti lain seperti mewarna, melukis, origami dan melukis batik. Kali ni Arreessa try diy corak batik sendiri menggunakan teknik tie & dye




Masa untuk dia creative, buat sendiri dan mencuba sesuatu yang baru. percuma tau. susah nak dapat peluang buat ni. Jadi anda patut cuba


Di booth, fizikawan dimana simple experiment sains dilakukan. Teruja Arreessa tengok gunung berapi buatan. 


Persembahan di Festival ini oleh kanak kanak sekolah. Teater yang comel. Kusyuk kami melayan teater diaorang. lain dari yang lain.  Ainul masa sekolah rajin masuk teater. Tengok budak budak ni teringat zaman sekolah. Teater bagus untuk tingkatkan keyakinan, public speaking. 


Special di Festival ini ada Nami Island . Ye Nami Island di Korea tu tapi kecil je la. Nami Island ni 1 kepulauan buku tau.  Buku Buku dari korea semua ada di sini



Nami Island kami datang nanti !!!


Kepada ibu bapa, bawa la anak anak anda ke Festival Sastera Kanak Kanak 2015 mulai 30 October 2015- 1 Nov 2015 . 


















LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments