Sambutan Bulan PLAY-DOH " Membina Komuniti Ceria"

Tuesday, September 22, 2015





2 minggu kebelakangan ni Ainul & Husband memang sibuk. Banyak event dan aktiviti yang kami kena hadiri lebih lagi nak bantu business partner untuk ke Bangkok. Walaupun anak anak tetap bawa bersama tetapi itu aktiviti kami kan. 


Jadi cuti sekolah ni Ainul gunakan sepenuhnya untuk melayan aktiviti Arreessa dan Maryam pulak. Jerebu masih ada jadi aktiviti luar pun kena terhadkan sikit. Kita lebihkan aktiviti di dalam rumah. banyak aktiviti yang boleh kita lakukan terutama bermain play doh dengan anak anak.

Arreessa memang giler play doh ni. sampai beli gadjet playdoh untuk cake la, ice cream la. Sudah setahun lebih pun tapi masih elok digunakan. 



Sempena Hari Malaysia ni kita buat playdoh bertemakan Malaysia.


Warna warna kegemaran Arreessa. Yang PENTING wajib ada PINK. 



Playdoh banyak membantu anak anak kita berimaginasi, lebih kreatif dan melatih motor skill. Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.





Playdoh juga membantu mengeratkan silaturrahim kita dengan anak anak sebab kita dapat bermain dan melakukan aktiviti bersama. Seronok tau. Mak dia yang lebih. Masa kecil takde playdoh. Main pasir je..hihihi


Hasil kesungguhan kami dan tanpa menggunakan gadget playdoh pun kali ni, maka terhasil la hasil seni berilhamkan Malaysia




Apa yang bulat kuning dekat bunga tu? Nasi lemak Arreessa cakap. Atas tu air sirap bandung ada cincau..hihiii

Maaf la sebab jalur gemilang tak cukup 14 jalurnya. 


Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH– menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.


Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH yang menarik!

Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!


Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH: www.playdoh.com.


Jadi jom sama sama kita meraikan sambutan bulan Playdoh di 1 Utama Sabtu ini jam 9.30pagi sehingga 12.30 tengah hari di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama. Kalau jumpa Ainul di sana tegur tau.

Jumpa Sabtu ini



#playdohmonth2015







LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments