Pelancaran Radio MaTic.fm

Wednesday, September 09, 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Minggu lepas Ainul telah dijemput ke pelancaran Radio MaTic.FM di Saloma Bistro.  MaTic ni merupakan Pusat Pelancongan Malaysia. Pelancaran radio MaTic ni bagus terutama dalam mempromosikan industri pelancongan dalam negara. Dapat la membantu meningkatkan balik ekonomi negara. Dalam negara pun banyak tempat menarik. Belum habis jelajah lagi.

Pembukaan majlis yang sangat best. Dengan live band dan penari dari Istana Budaya






Melihat mereka lincah menari sangat la mengujakan. Rasa nak menari sekali. Cara memperkenalkan para DJ Radio MaTic.FM pun melalui tarian. Best sangat.. Lain dari yang lain.



Majlis pelancaran Radio MaTic.FM telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) berhasrat untuk melancarkan Radio Pelancongan & Kebudayaan Matic.fm yang berfungsi bagi menyampaikan maklumat serta informasi mengenai industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia. 

Sehingga kini, Matic.fm mempunyai pelbagai segmen menarik yang dilihat dapat memberi impak yang positif terhadap pembangunan serta perkembangan industri pelancongan dan kebudayaan negara.

Anda boleh mendengar MaTic. FM di  http://tunein.com/radio/Maticfm-s252668/



Selain pelancaran Radio MaTic.FM, kami juga telah diperkenalkan dengan projek terbaru dimana anak anak pasti akan suka. 

Bermula awal tahun depan. di Perak akan dibina 1 taman tema iaitu Movie Animation Park Studio 
( MAPS)


Beberapa character kartun akan ada di sana seperti Boboiboy , Smurf




Untuk maklumat lanjut boleh ke website http://www.mapsperak.com/index2.html


Tak sabar nak tunggu MAPS ni siap. Sambil nak balik kampung boleh singgah Ipoh berkunjung ke MAPS



Radio MaTic.fm >>  http://tunein.com/radio/Maticfm-s252668/


Movie Animation Park Studio  ( MAPS) >> http://www.mapsperak.com/








LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments